“Saya tak peduli, orang nak kata saya gila talak ke rindu ke” Rita Rudaini Perjelas Muatnaik Foto Aidil

0
12805

Selebriti popular tanah air iaitu Rita Rudaini tak mengambil peduli dengan komen negatif yang dilempar terhadapnya apabila dia memuat naik gambar anak-anaknya bersama bekas suami, Aidil Zafuan di laman media sosial Instagram miliknya.

Pelakon cantik berumur 42 tahun ini, berkata dia tak kisah jika ada netizen yang menganggap dirinya gila talak atau rindu pada bekas suaminya itu.

Ini komennya:

“Saya muat naik foto anak dengan bapa mereka saja. Bukan orang lain pun. Tak kan saya nak letak gambar anak-anak dengan lelaki lain pula.

“Benda positif pun saya kena kecam. Kalau tak letak, netizen persoalkan pula. Orang suka hati nak tuduh saya macam-macam.

“Tapi saya tak peduli, orang nak kata saya gila talak ke rindu ke, hanya Allah saja tahu niat saya”

Sebelum ini, Rita Rudaini ada memuat naik foto anak-anaknya, Rayyan dan Arjuna bersama pemain bola sepak negara itu di laman sosialnya dan mendedahkan ada pihak yang kurang senang melihat hubungan baik mereka.

Malah Rita juga ada beberapa kali memuatnaik gambar dan video anak-anak yang selalu menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan ayahnya di kaca tv dan memberitahu anak lelakinya itu sering menonton aksi ayahnya di padang bola ketika Harimau Malaya beraksi di Piala AFF Suzuki.

Untuk pengetahuan, Rita Rudaini dan Aidil berkahwin pada 2008, namun pasangan ini telah bercerai pada September 2013.

Sepanjang perkahwinan, mereka berdua telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini di bawah jagaan Rita.

Dalam pada itu, Rita ada merancang untuk membawa dua orang anak lelakinya pergi umrah pada tahun hadapan.

“Sebelum ini, saya pernah bawa Rayyan ketika usianya dua tahun. Kali ini, saya teringin bawa adik pula bersama.

“Dia pun ada bertanya dan sekarang dah pandai solat. Saya cakap dengan mereka, doakan rezeki mummy murah tahun hadapan dan dapat pergi umrah”

Semoga urusan Rita Rudaini dan anak-anak sentiasa dipermudahkan.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here