“Saya terus melamar dia..” Kaka Azraff lamar teman lelaki

Foto yang memperlihatkan Kaka seperti bertunang dengan seorang jejaka menjadi tular baru-baru ini. Setelah berdiamkan diri tentang spekulasi yang timbul bahawa dia sudah mengikat tali pertunangan, penyanyi Kaka Azraff akhirnya buka mulut tentang majlis berkenaan.

Kaka akhirnya memberitahu bahawa dirinya telah dirisik oleh keluarga teman lelakinya iaitu Adam Azriff dalam sebuah majlis yang diadakan pada 27 November lalu. Namun mereka masih belum bertunang, hanyalah merisik.

Kaka yang kini sudahpun berumur 29 tahun, memberitahu dia tiada niat untuk rahsiakan perkara berkenaan sebaliknya majlis itu diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Ini penjelasan dari Kaka:

“Sebenarnya itu bukan majlis pertunangan saya dengan Adam tetapi ia hanyalah majlis merisik sahaja dan pertemuan dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya tak ada niat pun nak sorok-sorok atau berahsia mengenai perkara ini. Majlis itu hanya diadakan untuk keluarga dan saya tak kisah pun kalau ada yang tahu”

Dalam pada itu, Kaka memberitahu dia dan teman lelakinya merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat dan buat masa ini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis tersebut yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Malah kata Kaka, keluarga kedua-dua belah pihak juga sudah menetapkan tarikh untuk perkahwinan mereka nanti.

“Sudah ada tarikh dan kini sedang buat persiapan. Insya-Allah kami akan berkahwin dalam masa terdekat ini. Tapi buat masa sekarang, saya belum boleh beritahu tarikh sebenarnya.

“Saya akan berkongsi dengan semua orang tidak lama lagi. Saya berharap peminat boleh doa yang baik-baik untuk segala mempermudahkan segala urusan itu,”

Bercakap mengenai percintaannya dengan Adam, Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff, memberitahu dia mula rapat jejaka berasal dari Kuala Lumpur itu sejak setahun lalu dan mula menjalinkan hubungan cinta tiga bulan lalu.

Malah Kaka mendedahkan dia yang telah melamar Adam selepas merasakan teman lelakinya itu menepati ciri-ciri yang dicari untuk dijadikan pasangan hidup.

Ini pendedahan dari Kaka Azraff;

“Enam bulan lalu, media pernah bertanya pada saya bila nak berkahwin dan saya jawab kalau dah jumpa jodoh, saya nak terus kahwin sahaja.

“Alhamdulillah, kata-kata saya itu menjadi doa dan dimakbulkan saya bertemu dengan Adam. Kami berkenalan rapat hanya tiga bulan dan saya terus melamar dia untuk berkahwin.

“Bagi saya, kalau bercinta lama pun tak ke mana-mana, lebih baik terus kahwin sahaja. Bila saya ajak kahwin, dia pun okey,”

Semoga segala urusan berjaan lancar buat Kaka dan pasangannya.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here