Sayunya tengok adik Affza Balqis kritikal, bertarung nyawa akibat bahan kimia di Johor

0
7799

Satu perkongsian tentang seorang pelajar yang sedang kritikal akibat terhidu bahan kimia di Johor membuatkan ramai netizen terkesan dan sayu melihatnya.

Memang sedih tengok keadaan anak kecil ini yang menjadi mangsa tindakan tak bertanggungjawab pihak yang membuang sisa bahan kimia sehingga berlakunya pencemaran.

Melalui satu FB bernama Noor Atikah Daud, wanita ini berkongsi keadaan adik Affza Balqis (14 tahun) yang kini sedang dirawat di hospital.

Dari perkongsian itu, adik berkenaan kini masih lagi kritikal.

Ini kongsinya:

ASSALAMUALAIKUM SEMUA SHBT2 fb yg mengenaliku ataupun tidak….mohon solat hajat dn doa dari kalian semua utk Allah berikan kesembuhan buat Anakndaku yg dikasihi AFFZA BALQIS BINTI AHMAD SAHREL panggilan manja “Adik”, 14 tahun dari Smk Tg Puteri Resort Pasir Gudang yg kini dlm keadaan kritikal di Icu Hospital Sultan Ismail, Johor akibat terhidu gas methana (beracun) yg menular di pasir gudang (perbuatan pihak yg tdk bertangungjawab) sekarang mengakibatkan majoriti mangsa2nya adalah anak2 sekolah yg xberdosa…..masih tergiang giang ditelingaku semasa berslm sebelum adik keluar ke sekolah dihari kejadian 12/3/19…..

Adik: ummi…., adik cantik kan..( sambil peluk dn cium ummi dgn manja)
Ummi: ya syg….adik cannntiiikk sgt2, tapi adik kena ingat adik pakai tutup aurat cantik cantik niat krn Allah tau…
Adik: ya ummi..( sambil kukucup dahinya)
-dgn bapanya pula dia cium dn peluk erat2 smbil berkata adik nk peluk bapa.( seorg anak yg manja dn taat pd ibubapa).

Ummi Bapa redha dgn ujian Allah ini tapi bila ummiBapa tgok adik terbaring kaku dgn alat bntuan pernafasan dn segala mcm alat membuatkan hati ummibapa lemah dn longlai seluruh anggota…ummibapa hanya mampu menadah tgn pd yg Esa mohon diberi keajaiban dariNya bagi kesembuhan adik syg.

Semoga adik Affza Balqis kembali sihat, marilah ramai-ramai kita doakannya.

Perkongsian kes adik Affza balqis ini turut mendapat perhatian dari Putera Raja Johor, TMJ yang memberi respon balas menerusi laman media sosialnya.

Ini tulis TMJ:

I am deeply saddened with what has happened. The lives of innocent children is in jeopardy as a result of irresponsible behaviour. Let’s pray together that all victims affected recover as soon as possible and return to their best condition. I also hope that the families affected stay strong in the wake of this challenge. Insya-Allah.

Sumber: FB Noor Atikah Daud

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here