“Sebelum ini bapa pernah cakap…” – Ini Pesan Arwah Saleem Kepada Anaknya, Syafiq Farhain

0
30555

Penyanyi yang juga finalis Big Stage, Syafiq Farhain antaar yang terkesan dengan pemergian penyanyi dari kumpulan Iklim iaitu Saleem awal pagi Ahad.

Syafiw ternyata sedih dengan berita ini. Ini komennya:

“Perasaan sedih saya sama dengan orang lain apabila kehilangan orang yang besarkan kita, walaupun saya tidak dibesarkan sepenuhnya oleh arwah”

Syafiq Farhain atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim berkata, kali terakhir dirinya melawat dan melihat arwah bapanya adalah sekitar tiga hari lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Cheras.

Namun katanya, dia tak dapat berjumpa bapanya kerana ketika itu pihak hospital sedang menguruskan bapanya yang baru dimasukkan ke unit ICU itu.

“Sewaktu dapat berita bapa kemalangan, saya terus ke hospital. Selama beberapa hari juga saya ulang alik melawatnya sebelum arwah dibawa pulang ke rumahnya.

“Tiga hari lalu saya diberitahu ayah dimasukkan ke ICU PPUKM. Saya bergegas ke situ, tetapi tidak sempat berjumpa kerana kesuntukan waktu dan pihak hospital sedang menguruskan prosedur rawatan.

“Semalam saya berada di Kuala Terengganu sebab ada persembahan. Sejurus dimaklumkan berita ini, saya terus bergegas balik ke Kuala Lumpur. Sempat juga saya menatap wajah ayah buat kali terakhir di bilik jenazah hospital”

Syafiq Farhain juga sempat berkongsi dua peasanan dari arwah bapanya kepada dirinya. Yang pertama, pesan arwah Saleem kepada Shafiq ialah menyanyi hendak kena penuh dengan keikhlasan. Dan pesanan yang kedua ialah kena buat baik dengan semua orang.

Ini pendedahan Syafiq Farhain:

“Sebelum ini bapa pernah cakap, menyanyi kena ikhlas dan paling penting buat baik dengan semua orang. Selebihnya saya tidak tahu nak cakap apa.

“Bukan saja saya yang masih terkejut, tetapi seluruh keluarga dan peminat juga. Jadi, saya berharap kepada semua yang mengenali arwah ayah harap bertabah kerana kehilangannya tiada galang ganti.

“Kehilangannya itu tiada ganti dan saya yakin, meskipun sudah tiada, karyanya akan terus hidup dan subur di hati ramai, Doakan juga semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman”

Sebelum ini, Saleem telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) 6.15 pagi hari ini.

Penyanyi berusia 57 itu sebelum ini terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 September lalu. Kemalangan itu mengakibatkan tulang rusuknya patah dan beliau berada dalam keadaan koma.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Surau As Syakirin Bandar Mahkota Cheras dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana selepas solat Zohor.

Antara rakan artis yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir adalah Datuk DJ Dave, Datuk Freddie Fernandez, Ajai, Yantzen, Lan Solo, Salwa Abdul Rahman, Tomok, Farhan, Ifa Raziah, Datuk Hattan, Zamani, Ameng dan ramai lagi.

Allahyarham meninggalkan lima cahaya mata hasil perkahwinan pertama termasuk Shafiq Farhain serta meninggalkan seorang anak hasil perkahwinan bersama isterinya terkini iaitu Julia Bachok.

Shafiq Farhain sebak bercerita tentang arwah Saleem

Inalillah wa Inna ilaihi rajii'un Shafiq Farhain terasa sebak bercerita tentang pemergian ayahandanya Saleem Iklim.Takziah buat keluarga

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Sunday, 14 October 2018

Sumber: BH / Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here