‘Sedih tengok, mama cry..”

Isnin lepas, pelawak popular, Jep dari kumpulan Sepahtu telah memberiathu satu berita duka apabila bahawa isterinyapelakon Sari Yanti telah menjalani pembedahan selepas disahkan keguguran.

Ketika itu kandungan berkanaan baru sahaja memasuki tiga bulan.

Jep Sepahtu berkata, dia diberitahu bahawa bayi dalam kandungan isterinya tidah bergerak selepas membuat satu pemeriksaan di sebuah hospital.

Sementara itu, Sari yanti memberitahu dia agak sedih melihat anak keilnya bernama Dariya Inara yang terpaksa dihantar ke kampung sementara dia jalani pembedahan dan juga berpantang akibat keguguran itu.

Malah Sari Yanti telah menangis apabila menonton video anaknya itu.

Ini komen Sari Yanti:

“Mama tinggalkan dia kat kampung. Sian dia haus.. terus pandai minum pakai botol. siap pegang sendiri. Nanti balik sini jangan tetiba lupa minum guna botol cemana tau

“Sedih tengok video. Mama cry

Dalam pada itu, Sari Yanti juga memberitahu dirinya kini berada dalam keadaan baik selepas mengalami keguguran pada Isnin lalu.

Isteri kepada Jep itu turut sempat mengucapkan terima kasih atas kiriman doa dan kata-kata semangat kepada dia dan keluarga di dalam satu caption di laman IG miliknya hari inio.

Ini komennya:

“Assalamualaikum dan selamat pagi. Kakak nak ucap kan terima kasih atas kiriman doa doa yang baik dan kata kata semangat buat kakak dan keluarga. Kakak doa kan kebaikan untuk semua juga. Amin Ya Allah .

“Keadaan Kakak semakin baik dan sekarang tengah berpantang. Lain lain semua ok kecuali Dariya tak mau minum dari botol balik

Pasangan selebriti, Sari Yanti dan Jep berkahwin pada tanggal 25 Februari 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan Dariya Inara yang kini berusia 11 bulan.

Pada perkahwinan terdahulu, Sari Yanti mempunyai dua orang anak lelaki.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here