“Sedih Tengok Sajat Pergi Majlis Tahlil Pakai Macam Ini”

Pada hari Jumaat yang lepas, usahawan berstatus selebriti iaitu Datuk Seri Aliff Syukri telah membuat majlis tahlil serta bacaan Yasin khas buat arwah bapanya.

Majlis berkenaan diadakan di kediamannya yang turut dihadiri oleh teman-teman rapat dan rakan selebriti dan ahli keluarga.

Tak ketinggalan, kelihatan Nur Sajat yang juga merupakan sahabat dan rakan berniaga Aliff Syukri, turut hadir ke majlis tahlil tersebut.

Menerusi laman media sosial Instagram, Nur Sajat telah memuat naik gambarnya bersama Aliff Azizbeserta kapsyen mendoakan agar rakannya itu terus tabah menghadapi dugaan serta mendoakan semoga roh arwah bapa Aliff ditempat dikalangan orang beriman.

Ini komen Sajat:

“Alhamdulillah majlis tahlil arwah bapa kesayangan dato berjalan dgn lancar. Semoga dato @aliffsyukriterlajaklaris terus tabah menghadapi dugaan, sajat yakin dato kuat dan dapat menghadapinya dgn tabah demi keluarga dan bisnes dato. Siapa tak sedih bila kehilangan org yg kita sayangi ibarat separuh jiwa kita telah pergi. Apa pun sajat doakan semoga roh arwah ditempatkn di klgn org yg beriman dan dato terus tabah dan success. Amin”

Akan tetapi, perkongsian dari Nur Sajat itu telah mengundang kecaman netizen yang mempersoalkan cara pemakaiannya. Netizen juga mendakwa Sajat seolah mempermainkan agama kerana memakai tudung ke majlis itu.

Biarpun ramai yang mengecam, masih ada segelintir netizen memberikan nasihat secara baik dengan mengharapkan usahawan kosmetik itu dibukakan hatinya untuk berubah. Apapun, mari kita sama-sama doakan yang baik-baik sahaja untuk Nur Sajat.

Sumber: ROTIKAYA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here