“Sejak pakai tudung, dia semakin cantik..” Mark Adam syukur isteri kini bertudung

0
4968

Penyanyi, pelawak dan pelakon, Mark Adam 40 tahun ternyata amat gembira apabila isterinya, Norazah Redzuan 38 tahun, memilih untuk berhijrah dan kini bertudung sekembalinya mereka dari menunaikan ibadah umrah sekitar hujung tahun lalu.

Mark Adam atau nama Islamnya Mark Adam Fikri Abdullah berkata, keputusan itu atas isterinya sendiri tanpa sebarang paksaan atau pengaruh siapa-siapa.

Menurut Mark Adam lagi, dia berharap isterinya itu akan terus istiqomah untuk memakai tudung.

Ini pendedahan Mark Adam:

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan gembira dengan penghijrahan isteri. Sejak pakai tudung, dia semakin cantik.”

“Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya ketika melihat penampilan isteri bertudung adalah cantiknya. Sebab memang cantik dia pakai tudung.

“Sejujurnya, saya suka melihat dia pakai tudung. Sebagai suami, saya sangat gembira. Pada awalnya terkejut juga sebab dia tak ada cakap apa-apa pun. Tetapi ini keputusannya sendiri,”

“Saya perasan, sejak pulang daripada umrah banyak perubahan ditunjukkan pada isteri. Bagi saya ia sesuatu yang bagus.

“Paling penting, setiap keputusan dibuat haruslah istiqomah. Saya juga berdoa semoga hubungan kami ini sentiasa dipelihara dan dalam lindungan Allah SWT,”

Pasangan itu berkahwin pada 2003 dan oleh kerana tiada rezeki, masih belum dikurniakan cahaya mata.

Mark Adam berasal dari Filipina dan popular dengan lagu seperti Pencuri, Si Katak, Marry Me, dan Berat.

Tahniah buat Mark Adam dan juga isteri. Semoga bahagia selalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here