Sejuk Memandangnya.. Neelofa Sambut Hari Lahir Dengan Majlis Ilmu Di Masjid

0
5539

Pada tarikh 10 Februari, esok, selebriti popular Neelofa akan menginjak usia 30 tahun.

Sempena hari lahirnya esok, pelakon dan pengacara popular Neelofa memilih untuk menyambut ulang tahun kelahirannya dengan mengadakan sebuah program majlis ilmu keagamaan yang diberi nama Light And Love Saturdate.

Majlis berkenaan telah diadakan di Masjid At-Taqwa, TTDI, Petaling Jaya, dan telah diketuai oleh Imam Muda Asraf yang memberi fokus dan tunjuk ajar cara mengerjakan solat dengan lebih sempurna.

Turut berada di majlis berkenaan ialah selebriti Heliza Helmi.

Neelofa berkata dia tidak menyangka usahanya untuk membuat majlis agama itu mendapat sambutan luar biasa Ujarnya lagi, dia akan lebih banyak mengadakan majlis kerohanian seperti itu di masa akan datang.

Ini komen Neelofa:

“Saya sendiri tidak sangka, majlis yang dirancang agak lambat ini mendapat sambutan yang sangat baik. Hampir 500 orang memohon untuk menghadirkan diri, bagaimanapun, pihak kami hanya mampu menyediakan tempat untuk 150 orang sahaja.

“Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Rata-rata mereka yang hadir nampak begitu bersemangat untuk mendalami ilmu. Melihat pada sambutan baik yang diterima, insya-Allah saya akan cuba menganjurkan majlis sebegini dengan lebih kerap untuk manfaat bersama,”

Di majlis berkenaan, pengacara MeleTop ini turut melakukan demonstrasi solat dengan cara bacaan dalam bahasa Melayu. Ini bukan kali pertama pihak Neelofa mengadakan majlis ilmu seperti ini.

Ini komen Neelofa di laman IG miliknya:

“A light & love Saturdate, sharing knowledge on how to pray properly, with guidance from Imam Muda Asyraf. I did a demo on how-to’s in Malay so everyone understood, I hope everyone took something valuable home today from the event, insyaAllah”

Semoga usaha Neelofa ini dapat dijadikan contoh buat mereka di luar sana untuk bersama-sama menuntut ilmu dan menyertai majlis keagamaan.

Sumber: KOSMO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here