Senarai penuh pemenang Anugerah MeleTop Era (AME2019).. Banyak juga keputusan mengejutkan

0
8759

Semalam telah berlangsung AME 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Ahad.

Dan untuk kali kedua penyanyi Khai Bahar telah diumumkan sebagai pemenang kategori utama Anugerah MeleTOP 2019 (AME2019) menerusi kategori Top Top MeleTOP (Lelaki).

Selain itu, Khai Bahar turut memenangi satu lagi trofi menerusi kategori Penyanyi MeleTOP.

Menerusi kemenangan itu, Khai membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM10,000 berserta trofi.

Sementara itu, penyanyi yang juga bekas juara gegar Vaganza, Siti Nordiana telah mencipta kejutan apabila diumum sebagai pemenang Top Top MeleTOP (Wanita) selain membawa pulang satu lagi trofi iaitu bagi kategori Hos MeleTOP.

Bagi kategori Hos MeleTop, Siti Nordiana menumpaskan empat calon kegemaran lain iaitu Alif Satar, Jihan Muse, Sherry Alhadad dan Zizan Razak. Untuk pengetahuan, Neelofa dan Nabil telah menarik diri dari kategori ini.

Siti Nordiana telah membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM10,000 berserta trofi.

Untuk kategori Si Cilik MeleTOP pula memperlihatkan anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Yusoff Al Qardawi berjaya memenangi trofi berkenaan.

Sementara itu, Syafiq Kyle telah membolot 3 anugerah pada malam itu iaitu Fesyen MeleTop, Pelakon TV MeleTop dan Bintang Filem MeleTop.

Tampil dengan tema Yang Legit, Yang Legend – AME2019 menampilkan persembahan daripada Ayda Jebat, Misha Omar, Hael Husaini, Andi Bernadee, Exists dan ramai lagi.

Pemilihan pemenang dilakukan berdasarkan seratus peratus undian peminat menerusi laman web khas yang disediakan.

Berikut adalah senarai penuh pemenang AME2019

Artis Baharu MeleTOP – Eyra Hazali
Si Cilik MeleTOP – Yusoff Al Qardawi
Fesyen MeleTOP – Syafiq Kyle
Couple MeleTOP – Nur Fazura & Fattah Amin
Program Radio MeleTOP – Johara Pagi Era
Penyampai Radio MeleTOP – Johan
Program MeleTOP – Sepahtu Reunion Live Al-Puasa
Hos MeleTOP – Siti Nordiana
Artis Lawak MeleTOP – Jep Sepahtu
Drama MeleTOP – Lelaki Kiriman Tuhan
Pelakon TV MeleTOP – Syafiq Kyle
Grup/Duo MeleTOP – Dayang Nurfaizah & Hael Husaini
Penyanyi MeleTOP – Khai Bahar
Lagu MeleTOP – Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)
Filem MeleTOP – Munafik 2
Bintang Filem MeleTOP – Syafiq Kyle
Top Top MeleTOP (Lelaki) – Khai Bahar
Top Top MeleTOP (Wanita) – Siti Nordiana

Pemenang bagi setiap kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro.

AME2019 memberikan Anugerah Khas kepada penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau bagi menghargai bakti beliau dalam bidang seni selama 51 tahun sejak 1968.

Sumber: mStar / AME2019

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here