“Seolah tahu sesuatu bakal menimpanya” – Ini Status Polis Di Laman FB, Sebelum Maut Dirempuh

Seorang anggota polis, Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Konstabel Mohd Zamiri Sinsian telah maut selepas dirempuh ketika menjalankan tugas. Zamrii bersama seorang lagi anggota polis sedang membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta di tepi Jalan Semantan. Ketika kejadian, mangsa telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang terbabas ketika menuruni bukit.

Seakan sudah mengetahui akan bertemu ajal, sebelum ini, mangsa ada memuatnaik gambar kubur bersama kapsyen yang sangat menyedihkan di Facebook.

Allahyarham yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Travers Isnin lalu ada memuatnaik gambar kubur dengan tulisan ‘Hanya Aku & Amalanku Di Sini Nanti’. Malah sehari sebelum kejadian Allahyarham turut meletakkan gambar hitam.

Ini komen seorang rakannya:

“Sebahagian rakan-rakan lain turut bertanya kepada Allahyarham mengapakah dia memaparkan gambar kubur dan ayat berkenaan, namun dia tidak menjawab.

“Sehari selepas itu (kelmarin) Allahyarham masukkan pula gambar hitam dalam Facebooknya, dan seolah-olah sudah tahu bahawa sesuatu bakal menimpanya.

“Allahyarham ini adalah sahabat yang pendiam dan mudah tersenyum apabila bersama-sama sesiapa sahaja termasuk ketika menjalankan tugas sebagai anggota Polis Pelancong.

“Tugas sebagai seorang anggota polis ini sememangnya sering terdedah kepada bahaya dan risiko dan kami tidak tahu apakah yang bakal menimpa kami pula selepas ini namun apa yang paling penting adalah berusaha memastikan keamanan dan keharmonian negara.

Rakan karib arwah, Lans Koperal Mohd Muamar Indan memberitahu Allahyarham ada merancang untuk menghantar kakaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini untuk pulang ke Sabah. Namun siapa sangka sebaliknya jenazahnya turut dihantar pulang.

“Dia ada beritahu untuk hantar kakaknya hari ini tapi sebaliknya jenazahnya yang turut dihantar pulang ke Sabah.

“Allahyarham ini adalah sahabat yang pendiam dan mudah tersenyum apabila bersama-sama sesiapa sahaja termasuk ketika menjalankan tugas sebagai anggota Polis Pelancong,”

Pada tarikh 5 Disember yang lalu, sekitar jam lebih kurang 3 pagi, dua polis bernama Osman dan Zamiri telah membuat pemeriksaan sebuah kereta jenis Ford di tepi jalan Semantan, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Toyota Vios dari arah belakang merempuh 2 anggota polis tersebut. Osman telah mengalami cedera parah dan Zamiri di tempat kejadian

Sumber : Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here