“Sepanjang pentadbiran saya, tak pernah berlaku konfrontasi melampau sebegini” – Dato Seri Najib Razak

0
11742

Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Najib Razak membuat kenyataan di laman media FB miliknya tentang rusuhan kuil yang berlaku sejak beberapa hari ini.

DS Najib Razak meluahkan rasa kecewa dan mengatakan hal seperti ini tak pernah berlaku ketika pentadbirannya.

Beliau juga meminta semua pihak agar bertenang.

Sementara itu, DS Najib juga kecewa apabila seorang ahli bomba telah dipukul dalam rusuhan itu ketika cuba memadamkan kebakaran.

Ini kenyataan dari DS Najib Razak:

TENTANG RUSUHAN KUIL

Saya berasa kecewa dengan insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Putra Heights.

Sepanjang tempoh pentadbiran saya, tidak pernah berlaku konfrontasi melampaui batas undang-undang atau tindakan keganasan sebegini.

Segala pembinaan, pemindahan atau penempatan semula mana-mana tempat beribadat dan perumahan, selalunya dibuat mengikut perancangan setelah konsultasi dan rundingan, dan mendapat persetujuan oleh semua pihak.

Kita cari penyelesaian yang baik sentiasa dan berpihak kepada rakyat.

Saya berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terperinci dan saya doakan agar keputusan memihak kepada rakyat nanti.

Saya amat sedih membaca kenyataan demi kenyataan pemimpin hari ini yang menyalahkan sesama sendiri dan ada juga yang salahkan pihak berkuasa – yang hari ini di tangan dan kawalan mereka.

Tindakan segera dan amaran tegas juga perlu dikeluarkan kepada semua pihak supaya tiada yang mengambil tindakan undang-undang sendiri tanpa menghiraukan undang-undang negara.

Saya menyeru kepada semua pihak. Bertenang. Peliharalah keharmonian negara dan perpaduan kaum.

Jangan musnahkan apa yang kita telah bina sejak sekian lama.

Malaysia ini tanah air kita semua.

TENTANG AHLI BOMBA

Saya sedih, sangat sedih ini berlaku di negara kita. Tiada perkataan yang dapat gambarkan betapa saya dan keluarga kecewa dengan keadaan ini.

Anggota-anggota pasukan penyelamat perlu diberi penuh penghormatan dan kerjasama oleh semua pihak dan tidak patut dihalang dari menjalankan tugas mereka.

Dan tentu sekali, mereka tidak patut diserang.

Saya doakan anggota bomba ini, Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital segera sembuh dan pulih seperti sediakala.

Saya mohon kita semua doakan yang sama untuk Muhammad Adib.

Kepada keluarga Muhammad Adib, banyakkan bersabar dan tabah melalui saat ini. Perbanyakkan doa moga Muhammad Adib segera pulih.

Pada masa ini, kita semua perlu bertenang. Jangan ragut keharmonian kita.

Itulah komen dari Najib Razak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here