Sharnaaz Ahmad Naik Angin Dengan ‘Rider Gemuk’ Pukul Pekerja Stesen Minyak

0
6601

Memang kecoh di laman media sosial tentang seorang pembuli ‘rider gemuk’ yang menyepak dan terajang seorang pekerja stesen minyak baru-baru ini. Satu video menunjukkan insiden berkenaan telah tersebar dan menjadi viral.

Dikatakan, kejadian berkenaan berlaku kerana pekerja berkenaan tersilap isi minyak RON95 walhal pemukul berkenaan mahukan minyak jenis RON97. Terus dipukul dengan gaya samseng.

Gelagat dan tindakan ala samseng reider berbadan besar berkenaan telah membuat para netizen marah dan mencari individu berkenaan.

Malah isu ini turut menjadi perhatian seorang artis tanah air yang terkenal dengan kelantangannya iaitu Sharnaaz Ahmad. Ternyata Sharnaaz Ahmad berasa amat marah dan naik angin apabila menonton video berkenaan.

Melalui laman media sosial miliknya, Sharnaaz Ahmad melepaskan geram dan mengajak untuk berdepan dengan rider samseng berkenaan. Kata Sharnaaz Ahmad rider sejati adalah rider yang menghormati orang lain.

Ini komen Sharnaaz tentang rider gemuk berkenaan:

“Memalukan bikers tuihhhh bangsat punya taik gemuk ada hati panggil rider..

“Gua ajak ini budak budak moto baru nak up berdepan.. mana lu punya kepak mari tgk.. ada lagi ka atau sudah kena sepit sama polis??

“Buat rider gemok dan geng cap ayam mereka yang masih bebas, insyaAllah anda pasti di hadapkan kemuka pengadilan.. tapi kalau gua cam muka lu kat luar, insyaAllah gua pasti mulakan dgn bismillah dan akhir di sadakallahhullazimm

“Bikers sejati adalah menghormati org, sentiasa ada untuk bantu sesama rider dan org yg memerlukan, kalau takdak etika tu tolong bakar moto bank loan kedai ko tu, dan takpon kunci diri ko dalam mesin penggering.. bangsat punya rider .. memalukan semua rider di malaysia dan dunia.

Itulah komen Sharnaaz Ahmad tentang isu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here