Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila saling unfollow, dikatakan jumpa kaunseling JAWI?

0
16890

Kini telah timbul satu lagi khabar angin tentang rumah tangga selebriti ini.

Ada yang mendakwa perkahwinan antara Sharnaaz Ahmad dan isterinya, kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila kini sedang dilanda badai.

Kisah rumah tangganya pasangan ini mula diperkatakan netizen berikutan sejak kebelakangan ini Sharnaaz dilihat sering memuat naik kapsyen seolah dalam keadaan sedih mencetuskan tanda tanya.

Malah, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila juga dilihat sudah ‘unfollow’ IG masaing-masing dan tidak lagi mengikuti antara satu sama lain.

Kini telah timbul pula khabar angin mengejutkan apabila baru-baru ini pasangan tersebut dikhabarkan berjumpa dengan kaunseling di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menerusi Instagram @makcik_puaka, seorang netizen telah mendedahkan pelakon berkenaan hadir ke JAWI dan Nabila juga dikatakan turut hadir bersama bapa tirinya, katanya untuk mengikuti kaunseling.

Ini pendedahan dari netizen berkenaan:

“Serba salah sebenarnya nak cakap. Actually Sharnaaz ada rujuk dengan kaunseling dekat JAWI hari tu Sebab mak iolls ada keje kat sana Dia cakap ada nampak Sharnaaz tu datang JAWI tettt wallahualam.

“Betik mak iolls keje JAWI yang bagitahu Sharnaaz datang JAWI untuk kaunseling. Then Nabila pegi dengan bapa tiri dia,”

Bagaimanapun setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada kedua-dua pihak tentang dakwaan tersebut.

Untuk perngetahuan, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila telah bernikah pada 31 Mac 2017 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Jebat Jayden.

Sumber: RotiKaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here