“Siapa cakap saya tidak mahu berubah? Saya belum dapat hidayah” – Zizi Kirana

0
825

Penyanyi Zizi Kirana berkata dia tidak ambil kisah dengan pandangan orang terhadap dirinya.

Zizi ketika ini, memang sering dikritik apabila selalu tampil berpakaian yang agak terdedah, namun sebenarnya, jauh di sudut hati sememangnya dia berharap untuk berubah.

Ini komennya:

“Siapa cakap saya tidak mahu berubah? Mungkin buat masa ini, saya belum dapat hidayah, tetapi kita tidak tahu akan datang.

“Siapa tahu, saya akan berubah ke arah kebaikan apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak? Walaupun sering tampil seksi, saya bukan wanita liar,” katanya.

Sebagai seorang wanita muslimah, Zizi Kirana mengimpikan lelaki yang boleh membimbing dan membawanya ke jalan yang benar.

Anak sulung daripada lima beradik itu meletakkan syarat, bakal suami perlu pandai membaca al-Quran.

Ini pendedahan dari Zizi:

“Ia menjadi antara 14 syarat utama yang saya gariskan dalam mencari bakal suami. Jika tiada ciri-ciri ini, agak berat untuk saya menerima.

“Tidak dinafikan, sukar untuk mencari lelaki yang pandai mengaji al-Quran ketika ini. Jika tidak pandai mengaji, awal lagi saya sudah tolak.

“Syarat lain, dia juga bukan kaki pusat hiburan dan pemabuk, selain bebas daripada anasir dadah. Saya tidak mahu terima lelaki seperti itu kerana ia menyebabkan rumah tangga kucar-kacir,”

Penampilan Zizi yang bertudung ketika menjayakan satu program mendapat pujian ramai.

Akan tetapi, Zizi menjelaskan dia masih belum bertudung sepenuhnya, sebaliknya hanya mengenakan hijab ketika menjadi tetamu program itu.

“Itu kali pertama saya menerima banyak komen positif. Sebelum ini, asyik kena kutuk sahaja. Saya bukan menolak apabila peminat meminta saya memakai tudung, tetapi belum masanya lagi.

“Saya mahu berubah dengan hati yang ikhlas, bukan dipaksa-paksa. Mengenakan hijab memerlukan keikhlasan hati dan apabila sampai masanya, saya akan buang dahulu imej seksi.

“Jujurnya, saya mahu bertudung, suatu hari nanti, insya-Allah. Saya mahu melakukannya tanpa dipaksa, termasuk daripada bakal suami. Saya bimbang jika dipaksa, saya akan memakainya tidak ubah seperti fesyen.

“Sebelum apa-apa berlaku, saya menuntut pengertian bakal suami supaya memberi saya ruang untuk berubah,”

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here