“Sihat gebu anak perempuan aku..” Syatilla Melvin, Shaheizy Sam selamat terima anak kedua

0
4501

Pelakon Syatilla Melvin telahpun selamat melahirkan cahaya mata kedua, seorang bayi perempuan pada pukul 9.15 pagi Rabu.

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh suaminya iaitu pelakon hebat, Shaheizy Sam di laman media sosial Instagram, sebentar tadi.

Dan lebih bermakna, tarikah lahir anaknya itu sama dengan ibu Shaheizy Sam, Khaty Fauziah.

Ini tulis Sam:

“Kami tidak lagi bertiga. Alhamdulillah dan terima kasih semua,”

“Happy Birthday Mommy @khatyfauziah . Mommy dapat birthday present yang takda jual la hari ni!!! Mommy and #BabyGirl share the same birthday. Lepas ni kena beli 2 present. MASAK AKU

Sementara itu, Syatilla Melvin turut meluahkan rasa syukur apabila bayi yang dilahirkan itu sihat. Dia juga berterima kasih kepada suaminya yang sentiasa berada di sisi sepanjang proses bersalin.

Ini komennya:

“Alhamdulillah baby girl kami dan keluar sihat gebu anak perempuan aku. Tadi sempat buat tutorial make up dalam bilik pembedahan. Terima kasih sayangku Sezzy Seng sentiasa di sisi,”

Dalam pada itu, ibu Khaty turut memuatnaik fot bersama bayi berkenaan dan amat bersyukur kerana dikurniakan ‘hadiah’ penuh makna sempena hari lahirnya.

Ini pula komen ibu kepada Shaheizy Sam iaitu Khaty Fauziah:

“My most precious birthday gift. thank you @shaheizy_sam & @samtilla for the honour & tribute on my birthday 17April #happybirthdaytome #preciousgiftonmybirthday

“Alhamdulillah tkasih kpd Sam & Tila, pada hari ini 17.04.2019 tepat jam 9.12pagi juga sempena hari lahir saya, lahir seorang bayi perempuan utk meraikan bersama tarikh hari lahir saya sebagai anugerah yg tidak ternilai harga nya.. Aamiinn ya Allah

Tahniah buat Syatilla Melvin dan juga Shaheizy Sam di atas kelahiran anak kedua ini.

Pasangan selebriti ini telah bernikah pada tarikh 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Syeriv Samheizy yang kini dahpun berusia 2 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here