Siti Aafiyah bakal warisi jenama SimplySiti

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memberitahu bahawa dia mahu mewariskan perniagaan kosmetik, jenama SimplySiti kepada anak peempuannya Siti Aafiyah Khalid apabila puteri tersayangnya meningkat dewasa.

Siti Nurhaliza yang juga Presiden SimplySiti memberitahu, walaupun baru berusia setahun, nalurinya merasakan Aafiyah berpotensi menceburi dunia perniagaan.

Apatah lagi, kini Siti Aafiyah suka melihat ibunya bersolek.

Ini komen Siti Nurhaliza:

“Walaupun Aafiyah baru setahun, dia sudah pandai rasa teruja setiap kali melihat saya bersolek.

“Jadi, jika Aafiyah benar-benar berminat dengan bidang perniagaan kosmetik, syarikat ini (SimplySiti) akan saya wariskan kepadanya.

Tambah Siti Nurhaliza, dia dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa juga mahu melihat Siti Aafiyah untuk menceburi bidang perniagaan apabila dewasa nanti.

Pada masa sama, Siti Nurhaliza pernah memberitahu beliau dan suami tidak menggalakkan anaknya itu untuk bergelar penyanyi.

Ini kerana baginya, ketika kecil ini, mereka suami isteri lebih selesa mendedahkan anaknya yang berusia setahun itu terlibat dengan ilmu agama sejak kecil.

Sumber: BHarian / MH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here