Siti Nurhaliza tak izin guna gambar anaknya

0
7863

Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi sediit komen tentang anaknya bernama Siti Aafiyah yang amat popular di Malaysia. ketika ini banyak Ig yang menggunakan nama Siti Aafiyah dan berkongsi wajah anaknya itu.

Penyanyi ini berkata dia tidak kisah dengan kemunculan banyak akaun Instagram yang menggunakan nama dan gambar anaknya iaitu Siti Aafiyah.

Namun begitu, Siti Nurhaliza tegas dan telah melarang serta tak izinkan mana-mana individu mewujudkan akaun tersebut dengan niat untuk menjual produk dan menggunakan gambar anaknya untuk jual barang.

Ini komen Siti Nurhaliza:

“Banyak fake account menggunakan nama Aafiyah di Instagram, kalau mereka cipta sekadar untuk abadikan foto sahaja tak ada masalah.

“Tapi saya tak nak mereka menggunakan akaun tersebut untuk menjual produk dan barangan contohnya telefon bimbit”

Apabila hadirnya akaun Siti Aafiyah, Siti Nurhaliza memberitahu, dia dan suami masih belum terfikir untuk mewujudkan satu akaun khas buat anak sulungnya itu.

Di waktu ini, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid tak amhu terlalu expose kan anaknya itu yang masih kecil.

Ini jelasnya lagi:

“Buat masa ni saya belum nak buat lagi Instagram dia. Lagi pun ayah dia, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kalau boleh tak mahu Aafiyah terlalu expose.

“Gambar Aafiyah yang dimuat naik di Instagram juga saya post setelah mendapat keizinan suami”

Siti Nurhaliza berkata sedemikian ditemui semasa pelancaran kempen SimplySiti Di Hati 2018 yang merupakan sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mengumpul dana untuk disumbangkan kepada pesakit jantung dengan kerjasama Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).

“Untuk setiap pembelian rangkaian produk SimplySiti melebihi RM100, sebanyak RM5 akan disalurkan kepada Yayasan IJN.

“Oleh itu, orang ramai dan pengguna produk ini boleh menyertai kempen tersebut bagi meringankan beban keluarga pesakit, sambil membeli sambil beramal”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here