Spekulasi Perkahwinan Dengan Sharnaaz Bergolak, Ini Respon Noor Nabila

0
12599

Sudah menjadi lumrah, dalam rumah tangga, sebagai pasangan suami isteri akan ada pasang dan surutnya. Bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Akan tetapi, apabila berdepan dugaan, yang paling penting untuk pasangan suami isteri adalah jangan mudah putus asa dengan ujian yang melanda.

Kini memang sering diperkatakan tentang gosip tentang rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, kakak kepada selebriti popular Neelofa.

Banyak yang membuat spekulasi dan dikatakan hubungan mereka berdua sedang bergolak. Di laman IG, meskipun memuat naik pelbagai kata-kata sedih di media sosial, kedua-duanya tetap berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai khabar angin berkenaan.

Pasangan ini dihimpit dengan pelbagai persoalan dari netizen termasuklah ada meminta Sharnaaz dan Nabila bergambar sebagai satu keluarga bersama anak mereka, Jebat Jayden.

Dikatakan sudah lama mereka berdua tak bergambar bersama, lengkap satu keluarga, jadi ada netizen yang menulis tentang hal ini.

Mungkin dah tidak tahan dengan segala spekulasi dan provokasi daripada sesetengah pihak dan para netizen, Noor Nabila meminta agar netizen tidak perlu masuk campur dengan urusannya. Isu berkaitan rumah tangga adalah hak peribadinya.

Ini komen di laman IG:

Namun begitu, masih ramai yang mendoakan yang terbaik buat pasangan ini dan semoga mereka dapat berdamai.

Diharapkan mereka berdua baik-baik sahaja, dan semoga dapat menyelesaikan segala masalah yang dihadapi dengan baik.

Sumber: BeautifulNara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here