“Suami tak ada rekod jenayah, suami saya mengamuk kerana..” Akhirnya isteri tampil dedah kisah sebenar

Sedang kecoh tentang kes seorang lelaki bertindak menampar dan menumbuk muka seorang pemandu wanita di Jalan Dato Keramat, Kuala Lumpur.

Rakaman video kejadian telah menjadi viral menunjukkan lelaki berkenaan benar-benar marah denganpemandu berkenaan.

Isteri lelaki yang mengamuk itu telah tampil dedah hal sebenar. Wanita berkenaan bernama Faridah Mohd Yatim, memberi penjelasan tentang insiden itu.

Faridah memberitahu dia tidak bermaksud nak sokong tindakan suaminya yang bekerja sebagai chef itu kerana baginya kelakuan suaminya itu bagai ‘salah tetap salah’.

Namun, dia berasa terpanggil untuk menceritakan versi penuh kejadian itu agar orang ramai tahu kisah sebenar.

Ini kenyataan dari isteri lelaki itu:

SUAMI DAN RAKAN KEJAR PEMANDU WANITA ITU

“Sebenarnya video yang tular itu hanya separuh sahaja. Suami saya dan rakan-rakannya kata mereka sudah mengejar wanita itu dari satu selekoh sebelum dia berhenti.

“Wanita itu dikatakan telah menukar lorong tanpa beri isyarat, menyebabkan suami hampir terbabas”

‘KAULAH BODOH’ PEMANDU WANITA BIADAP?

“Wanita itu tak berhenti atau cuba meminta maaf. Apabila suami saya kejar dan dia berhenti, dia menjawab dengan biadab.

“Suami saya memang panggil wanita itu bodoh kerana memandu secara berbahaya dan boleh membahayakan nyawanya dan wanita itu membalas ‘kaulah bodoh, kaulah gila’, mungkin itu sebabnya suami saya naik angin”

MEMANDU SAMBIL CAKAP TELEFON

Tambah Faridah, suaminya berkata, kejadian membelok tanpa memberi ‘signal’ itu berlaku kerana wanita itu memandu sambil bercakap telefon.

“Malah wanita itu sendiri cakap ‘aku angkat la telefon sebab ada orang call’ selepas suami saya marah dia guna telefon”

SUAMI BARAN, TAPI TAK PERNAH NAIK TANGAN

Menurut Faridah, dia mengaku suaminya seorang yang panas baran, tetapi sepanjang 15 tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak, dia tidak pernah ‘naik tangan’.

“Ya saya akui dia memang baran. Tetapi dia seorang suami dan bapa yang penyayang. Saya memang ada beritahu dia, apa yang dia buat tu salah (pukul wanita) dan dia sendiri mengaku salah”

Menurut Faridah, suaminya juga mengaku telah menghentak topi keledarnya di atas kereta wanita itu kerana terlalu marah.

JAWAB DAKWAAN ADA REKOD KENAYAH

Mengenai laporan yang menyatakan suaminya mempunyai rekod lima jenayah lampau, Faridah menafikannya.

“Saya jelaskan di sini bahawa polis sendiri sudah mengesahkan ia adalah rekod pemilik lama motosikal suami. Suami saya tidak ada sebarang rekod jenayah.

“Saya sedar pun suami saya mengamuk kerana sudah hilang sabar dengan kerenah pemandu yang suka main telefon. Dia sudah beberapa kali terjatuh kerana sikap pemandu seperti itu,”

Selepas apa yang berlaku Faridah hanya berharap suaminya dapat menjadikannya sebagai pengajaran sambil memberitahu dia menyerahkan urusan seterusnya kepada pihak berkuasa.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek didapati menumbuk kepala dan menampar muka wanita terbabit.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here