Sudah Bercerai, Perkahwinan 20 Tahun Zul 2By2 Dan Isma Berakhir

0
18952

Sebelum ini pasangan selebriti Zul 2By2 dan juga Isma menjadi perhatian apabila dikatakan mengalami masalah. Namun mereka berdua tidak mahu memanjang hal berkenaan dan sering berahsia tentang isu ini.

Namun, yang terbaru, menerusi laporan Berita Harian, Isma telah mengesahkan perkahwinannya dengan Zul 2 By 2 akhirnya sudah berakhir.

Mereka berdua telahpun bercerai sejak awal tahun ini.

Isma atau nama sebenarnya, Ismaliza Ismail yang kini berumur 39 tahun mengesahkan perakra ini dan mereka bercerai selepas hampir 20 tahun hidup bersama.

Ini kenyataannya:

“Kami bercerai sejak sembilan bulan lalu. Bukan saya mahu merahsiakannya, tetapi belum mendapat kekuatan berkongsi cerita yang dirasakan terlalu peribadi, ketika itu.

“Selepas berfikir panjang, sudah tiba masanya untuk saya berterus-terang. Ramai yang bertanya mengenai status perkahwinan kami, tetapi saya hanya membiarkan persoalan tergantung begitu saja.

“Hari ini, saya mengesahkan saya dan Zul bukan lagi suami isteri. Saya memfailkan perceraian dan turun naik mahkamah syariah seorang diri sejak pertengahan tahun lalu”

“Bohonglah jika saya tidak bersedih, tetapi tidaklah sampai meratap hiba. Kesedihan hanya seketika, sampai masanya saya menjadi pasrah dengan ketentuan Tuhan. Saya percaya, ada hikmah tertulis buat saya dan Zul. Jodoh kami tidak sampai ke hujung nyawa”

Pada awalnya, Isma menyatakan bahawa Zul tak mahu dan tak setuju untuk melepaskannya, tetapi terpaksa akur dengan kehendaknya yang tiada lagi hati dan perasaan untuk meneruskan kehidupan bersama.

Isma juga tidak mahu berkata secara verelbihan kerana masih menjaga aib bekas suaminya itu.

Ini katanya lagi:

“Saya percaya orang luar lebih tahu apa yang dia buat. Jujurnya, banyak faktor lain yang terlalu peribadi untuk dikongsi menjadi punca perpisahan.

“Biarlah hanya saya dan bekas suami yang tahu masalah rumah tangga kami. Dengan anak dan keluarga pun saya tidak berkongsi cerita secara mendalam.

“Saya masih menjaga aib bapa kepada anak saya. Apapun, Zul tetap insan yang pernah hidup dengan saya selama 19 tahun”

Semoga segalanya dipermudahkan buat Isma dan juga Zul 2by2.

Sumber: BHarian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here