“Sumpah… Demi Allah, bukan ikut adat kafir” ~ Baling bunga di bridal shower Nelydia

Satu majlis ‘bridal shower’ Nelydia Senrose telah diadakan beberapa hari yang lalu. Majlis ini dibuat untuk meraikan Nelydia Senrose yang akan mengakhiri zaman bujangnya tak lama lagi dengan seorang ahli perniagaan.

Banyak video yang di kongsi di laman IG menunjukkan suasana di majlis bridal shower itu. Antaranya ialah balingan bunga dari bakal pengantin kepada mereka yang masih single.

Kakak Nelydia, Uqasha Senrose ada muat naik video menunjukkan dirinya menyambut jambangan bunga di majlis bridal shower Nelydia Senrose itu. Tindakannya itu mengundang kecaman netizen yang disifatkan terlalu ingin mengikut budaya barat.

Namun, pelakon ini tampil menjelaskan adegan berkenaan tidak dirancang tetapi berlaku secara spontan dan hanya suka-suka sahaja serta tiada niat lain.

Ini jelas Uqasha Senrose tentang isu baling bunga itu:

“Sumpah demi Allah itu bukan plan hanya saja-saja je. Bukan nak ikut adat kafir ke seperti orang luar katakan.

“Kumpulan perempuan kitaorang ni semua sudah ada pasangan kecuali saya yang tidak berkawan dengan sesiapa for now. Jadi diorang tolak Sha tapi kalau dah sampai jodoh tu tolaklah kemana pun mesti akan dapat juga,”

Ditanya sama ada adakah simbolik menyambut bunga tersebut memberi makna bahawa Uqasha juga bakal berkahwin dalam masa terdekat, pelakon itu memberitahu dia masih belum mempunyai calon dan tak mahu rushing untuk berkahwin.

“Bunga dah dapat calon je belum lagi dan saya sekarang dalam misi mencari calon. Jodoh tu ada tapi mungkin lambat. Mungkin jodoh adik sampai dulu jadi kita dahulukan.

“Nak cepat-cepat pun buat apa dan kalau orang tu bukan terbaik buat kita kenapa kita perlu gadaikan hidup kita. Biar lambat asal selamat,” 

Di majlis itu Nelydia Senrose mengesahka bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi dengan pilihan hatinya iaitu Hafez.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here