“Syafakallah Anakku..” – Anak Kedua Lana Nodin Disahkan Ada Masalah Injap Jantung

Anak kedua Lana Nordin iaitu William Daud Mckienzie mempunyai masalah jantung. Anak kecil ini dijangka akan menjalani pembedahan jantung, Isnin ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana menghidap masalah injap (Aortic Stenosis).

Lana Nordin menjelaskan, masalah yang dialami anaknya yang berusia tiga bulan ini adalah berkaitan dengan injap aorta yang sempit dan akan secara tidak langsung akan memberi bebanan ke atas ventrikal kiri.

Ini komen Lana Nordin menerusi satu laporan media baru-baru ini:

“William perlu diberi perhatian lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana dia perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.

“Kalau pembedahan tidak dilakukan bimbang jantungnya harus bekerja keras dan apabila usia meningkat dia bakal mengalami masalah jantung bengkak,”

Sementara itu, awal malam tadi bintang tersebut turut memberi dedikasi dan harapan buat anak kesayangannya itu menerusi Instagram.

Ini komen Lana Nordin:

“Syafakallah anakku billy… Insyallah mommy, daddy, kakak gia and everyone will pray for u… And tq to all yg doakan utk anak i esok… Semoga Allah Swt be with us, aminnn

Ini pula satu lagi posting dari Lana Nordin tentang anaknya:

“Assalamualaikum…Nama saya William Daud McKienzie, AKA “Billy”. Saya dilahirkan dengan congenital heart defect called Aortic stenosis. Anda semua boleh membantu less fortunate children macam saya untuk mendapatkan bantuan treatment donating dengan menderma kepada Yayasan IJN, please see the account info on the next photo. Semua donations are tax exempt jika anda menderma Cukai anda Akan Di bebaskan. Please doakan saya esok dengan selamat as I am going in to relieve the pressure on my heart. Insyallah

Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan akan segalanya akan dipermudahkan dan tidak kurang yang meminta agar Lana terus kuat dan tabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here