TAHNIAH Izreen Azminda Kini Sedang Hamil

0
1774

Setelah lebih setahun melayari bahtera dan mendirikan rumah tangga, pelakon popular Izreen Azminda mengesahkan telah hamil anak pertama bersama suaminya, pemuzik Ude Wahid.

Izreen, yang kini sudah berumur 34 tahun membuat pengumuman itu menerusi laman media sosial Instagram milknya nya pada Jumaat sambil mengucapkan syukur atas rezeki tersebut.

“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Izreen Azminda turut memuat naik gambar imbasan ultra bunyi kandungannya yang diletakkan bersebelahan pakaian bayi tertera tulisan I Love Mom & Dad.

Namun begitu Izreen Azminda tidak memberi sebarang butiran mengenai kehamilannya itu.

Izreen dan Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 31 tahun, berkahwin pada 8 Ogos 2017 secara rahsia atas permintaan pemuzik itu yang ketika itu sudah pun mempunyai isteri.

Kemudian, pada 22 Mac tahun lalu, Ude Wahid telahpun menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh selepas lima tahun berkahwin.

Sepanjang perkahwinan, pasangan itu mempunyai dua anak bersama Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri yang berusia dua tahun.

Manakala Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014 dan mereka dikurniakam seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here