Tak Jemput Ramai Tetamu, Ini Penjelasan Sebenar Dari Ude Wahid Tentang Majlis Persandingan

0
6321

Minggu ini telah menjadi tular foto-foto majlis persandingan antara Izreen Azminda dan juga suaminya Ude Wahid di laman media sosial. Foto majlis berkenaan telah dimuatnaik oleh Izreen Azminda di laman IG miliknya dan ianya menjadi viral serta tumpuan ramai.

Majlis diadakan di satu vila mewah yang terletak di Masjid Tanah, Melaka dan dikatakan ianya telah di sponsor.

Namun, ada yang mengatakan di mana para tetamu dan seperti tiada banyak tetamu telah dijemput ke majlis berkenaan. Malah anak-anak Izreen Azminda dan Ude Wahid jugha tidak kelihatan.

Menerusi satu update terbaru di laman IG miliknya, Ude Wahid akhirnya mendedahkan perkara sebenar tentang majlis ini.

Menurut Ude Wahid, sebenarnya ini bukan majlis resepsi yang sebenar, sebaliknya ini adalah fotoshoot sahaja. bermakna Izreen Azminda dan Ude Wahid hanyalah mengambil gambar kenang-kenangan seperti majlis sebenar.

Ini jelas Ude Wahid:

“Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. Sy dan Istri ingin merakamkan jutaan trm ksh kpd semua team n krew yg bertgkus lumus menjayakan SESI FOTOSHOOT kami.. dgn konsep yg dibuat ala2 majlis sbenar.. Sorry kpd semua yg ingt sy x jmput mereka.. bkn majlis ye..fotoshoot je”

Itulah penjelasan dari pihak ude Wahid. Rupanya ia hanyalah fotoshoot sahaja bukannya majlis sebenar.

Sebelum ini menjadi viral apabila Izreen Azminda dilihat membuat ucapan dan berasa sebak kerana majlis berkenaan. Ini videonya:

Izreen Azminda sayu.. menangis

Ucapan sebak oleh Izreen Azminda FB: Villa D'Acqua Homestay Masjid Tanah

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Tuesday, 2 October 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here