“Tak Kelakar, Nampak Dungu” – isteri Alif Satar kurang senang dikaitkan dengan isu Aliff Aziz

Kes rumah tangga pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah nampaknya turut membuatkan nama penyanyi dan pelakon Alif Satar dilibatkan sekali.

Ini kerana ada netizen yang buat kelakar dengan nama Alif wlahal mereka dua selebriti yang berbeza.

Nama Alif Satar telah jadi trending di laman media Twitter apabila netizen seolah-olah membuat jenaka kononnya keliru antara dua penyanyi dan pelakon itu.

Ini bukan kali pertama terjadi, sebelum ini apabila Aliff Aziz buat hal, nama Alif Satar turut terpalit, malah ada juga yang mengaitkan nama Aliff Syukri juga.

Aliff Satar melalui laman IG miliknya ada mengatakan dia tak de kena mengena dalam hal ini dan memberi respon seperti tidak berapa kisah dengan isu namanya itu.

Jika dilihat, laman sosial Aliff Satar telah dipenuhi komen-komen yang mengaitkan dirinya dalam situasi dialami Alif Aziz.

Ini komennya:

“Korang pernah tak kena petik nama? padahal aku takda kena mengena dalam ini cerita!”

Namun begitu, lain pula dengan isteri Alif Satar iaitu Shadila Halid. Wanita ini dilihat kurang senang dengan isu itu dan telah menegur netizen yang cuba mengaitkan dan membuat lawak tentang nama Alif Satar dengan Aliff Aziz.

Kata Shadila Halid, perkara itu sudah lapuk dan tak kelakar dan membuatkan orang yang buat jenaka berkenaan kelihatan agak dungu.

Ini komennya:

“Sejujurnya, jenaka mengatakan ia Alif Satar (sedangkan Aliff Aziz) tapi sebenarnya bukan dia, tak kelakar pun. Ia hanya buktikan betapa hambarnya lawak anda.

“Kalau anda berniat nak buat kelakar, anda gagal. Tapi kalau anda nak kelihatan dungu, tahniah, anda berjaya,”

Dalam pada itu ada juga yang bertanya adakah Shadila Halid akan cemburu apabila Aliff Satar berlakon mesra dengan pealkon wanita lain.

Ini jawapan isteri Alif Satar ini:

Untuk pengetahuan, Alif Satar berkahwin dengan Shadila Halid pada 15 September 2014 dan pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Shadila Halid kini sedang hamil dua bulan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here