“Tak mahu IG dipenuhi sampah” – ini punca Izreen Azminda masih tutup ruang komen

Ekoran si panas dan kontroversinya berkahwin dengan suami orang, iaitu Ude Wahid (yang maan ketika itu masih berkahwin dengan isteri pertama , Intan Liana), pelakon jelita Izreen Azminda sehingga hari ini masih lagi menutup ruangan komen di akaun Instagramnya.

Memang sudah lama Izreen Azminda menutup komen di Ig sehinggakan pelbagai spekulasi di buat oleh netizen yang mengatakan Izreen Azminda tak tahan dikecam orang ramai dan masyarakat.

berkata tentang hal ini, Izreen Azminda mengakui beliau sebelum ini agak tertekan dengan segala kecaman ditulis oleh netizen.

Namun setelah menutup ruang komen, Izreen akui hidupnya lebih tenang kini.

Namun, beliau menegaskan bukannya takut untuk membuka kembali fungsi komen tetapi tidak mahu akaun Instagramnya itu dipenuhi dengan ‘sampah’ kata-kata negatif.

Ini komennya:

“Memang emosi terganggu sebab komen mereka sangat keterlaluan. Cuba mereka duduk di tempat saya atau artis lain yang dikecam, apa mereka rasa?.

“Disebabkan itu, saya ambil keputusan tutup ruangan komen dan ia sangat berbaloi. Sudah masuk tahun kedua saya tutup. Memang lega dan tenang saja. Tak perlu lagi saya hadap dengan komen jahat dan caci-maki mereka.

“Saya bukannya takut, tetapi tak mahu Instagram dipenuhi dengan ‘sampah’ dan komen negatif. Kalau mahu apa-apa, boleh DM (direct message) saja. Ramai yang berbuat sedemikian dan saya akan balas.

Dalam pada itu, Izreen menyokong tindakan berani ahli kumpulan Elite iaitu Linda Rafar memfailkan saman terhadap lebih 100 netizen keran menulsi komen kritkan melampau dan ada komen berbaur fitnah terhadapnya. Kata Izreen Azminda lagi, biar netizen sedar jangan sesuka hati untuk naik kepala dan memijak kepala artis.

“Saya sokong tindakan berani Linda. Ia bagus supaya memberi pengajaran kepada netizen. Saya pula malas nak ambil pusing walaupun komen mereka menjatuhkan maruah saya dan keluarga.

“Ada yang komen hingga mengugut arwah ibu Linda. Jadi, memang wajar dia ambil tindakan undang-undang. Biar mereka sedar yang mana jangan sesuka hati nak pijak kepala artis,”

Sumber Berita : Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here