“Tak Perlu Minta Izin, Arwah Ayah Benarkan Saya Nyanyikan Lagu Dia” – Syafiq Farhain

0
3735

Penyanyi baru sedang meningkat naik yang juga peserta rancangan Big Stage iaitu Syafiq Farhain tetap akan menyanyikan lagu arwah bapanya, Saleem (Iklim) jika ada nya permintaan daripada pihak penganjur persembahan.

Penyanyi berumur 25 tahun ini berkata, semasa hayat bapanya, Saleem langsung tidak pernah menghalang dia untuk nyanyikan lagu yang didendangkan oleh nya.

Ini komen Syafiq Farhain atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim:

“Apa masalahnya jika saya menyanyikan lagu arwah bapa? Orang panggil saya buat persembahan, dia nak dengar saya nyanyi. Semestinya mereka ada permintaan untuk lagu tertentu. Kalau mereka nak saya nyanyikan lagu arwah, saya akan nyanyi saja.

“Dalam perkara ini tidak perlu nak minta izin pun. Kalau nak tahu, sebelum saya menandatangani kontrak menjadi penyanyi, arwah benarkan saya nyanyikan lagu dia. Saya ingat lagi dia cakap, lagi bagus saya nyanyi sebab orang boleh ingat lagunya.

“Kata-kata itu saya pegang sampai sekarang. Malah, setiap kali saya bertemu arwah dia tidak pernah pun larang saya daripada menyanyikan lagunya” 

Sebelum ini, balu kepada Saleem, iaitu Julia Bachok ada buat satu kenyataan di sebuah portal yang telah memberi amaran kepada mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya membuat duit menggunakan nama arwah suaminya itu.

Dari kenyataan Julia, jika ada pihak yang nak nyanyikan lagu arwah Saleem, mereka harus meminta izin daripadanya terlebih dulu.

Sumber: Harian Metro / Oh Bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here