Takut Kena Saman, Puluhan Netizen Kecut Perut, Mula Minta Maaf Kepada Linda Rafar

Nampaknya tindakan Linda Rafar untuk menyaman lebih 100 individu yang memberi komen menghina dan mengutuknya tentang isu jururawat di hospital tem[poh hari memberi kesan yang amat positif.

Ini apabila ramai mula tampil membuat permohonan maaf kepada ahli kumpulan Elite ini dan tidak mahu kena saman dengan Linda Rafar.

Rata-rata menyesal akan perbuatan mereka dan menyatakan permohonan maaf di laman Ig kepada Linda Rafar dan keluarganya.

Ini komen Linda Rafar:

“Sekarang, peguam saya sedang membuat tapisan pengecualian notis. Seperti yang dimaklumkan semalam, permohonan maaf itu perlu dibuat secara jelas dan terperinci. Bukan hanya hantar menghantar mesej minta maaf saja”

“Ada yang menyesal kerana tak berfikir sebelum komen selain dipengaruhi rakan. Tahu pun mereka malu. Malu saya dan keluarga nak letak mana? Selepas apa yang mereka lemparkan kepada saya, baru nak fikir perkara itu salah”

“Apa pun, saya kena ikut nasihat peguam. Permohonan maaf itu perlu beradab dan jelas serta dibuat secara terbuka. Saya akan memuat naik permohonan maaf yang sudah diluluskan peguam di Instragram,”

Sementara itu, ini pula caption dari Linda Rafar tentang hal berkenaan di IG Linda Rafar:

“Al-fatihah mak. Alhamdulillah… Allah tidak tidur

“Hari ini ramai dm linda untuk menyatakan hasrat mereka memohon maaf. Untuk mempermudahkan urusan semua pihak. Linda buat posting ni untuk mereka yg nak komen maaf.

Ini pula pesanan Linda Rafar buat mereka yang masih ingin memohon maaf agar tidak kena tindakan saman.

“Anda boleh komen seperti berikut. “saya nak minta maaf kerana sewenang-wenangnya dan tanpa bukti membuat komen/ posting/ story/ status/twit berbunyi ……………. pada …………… dan saya mengaku bahawa linda tiada membuat sbrg kesalahan terhadap saya. Saya berjanji tidak akan membuat sbrg spekulasi dan komen komen lagi yang menjatuhkan reputasi beliau dan keluarga beliau”

“Insyaallah saya akan rujuk peguam dan membuat langkah selanjutnya selepas menerima permohonan maaf tersebut.

Ini antara permohonan maaf dari netizen:

Sebelum ini, Linda Rafar menerima komen yang dikatakan berbaur penghinaan kepada nya dan juga keluarga setelah Linda mendedahkan ada jururawat yang bertindak kurang ajar dengan dirinya ketika ibunya mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Kes ini menjadi viral dan ramai yang menghentam Linda terutama golongan jururawat sehingga ada yang ingin menyaman LInda Rafar.

Namun setelah ibunya meninggal dunia, Linda Rafar dan keluarga telah tekad untuk mengambil tindakan mahkamah untuk memberi pengajaran buat mereka yang menulis komen buruk dan negatif kepadanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here