“Takyah nyanyilah, macam tercekik sudu ja..” – Sindiran sentap Che Ta pada penyanyi baru

0
6740

Pereka fesyen popular, Ezuwan Ismail kini telah mengambil keputusan untuk menceburi bidang nyanyian.

Akan tetapi, sebagai penyanyi baru, Ezuwan telah menerima kritikan pedas dari seorang selebriti popular iaitu Rozita Che Wan.

Namun Ezuwan Ismail berkata dia tidak terasa hati dengan sindiran pelakon Rozita Che Wan yang dipercayai mengkritik suaranya di laman sosial.

Ezuwan berkata, mana-mana orang pun berhak untuk memberikan pendapat mereka masing-masing.

Ini komen Ezuwan tentang koen Che Ta itu:

“Saya tak patah semangat kerana bagi saya setiap orang mempunyai hak untuk beri pendapat mereka. Saya akan ambil dari sudut positif dan perbaikinya.

“Saya tetap akan teruskan niat untuk lancarkan lagu itu minggu depan,”

Ezuwan mengulas kenyataan Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta yang menyindir seorang pereka fesyen agar tidak menceburi bidang nyanyian jika tidak mempunyai bakat.

“Dulu designer ni pernah cakap artis nak jadi fesyen designer caras market depa, tup tup kami dengar dia nak jadi penyanyi pula.

“Takyah nyanyilah kot macam tercekik sudu ja, menyanyi ka bercakap? Buat baju pun ala-ala kata orang. No heart feeling,”

Ini komen Che Ta:

Sementara itu, Ezuwan Ismail berkata, dia tak membaca komen-komen di blog hiburan yang memuat naik status Che Ta itu berikutan boleh menjejaskan emosinya.

“Sedikit sebanyak memang terganggu emosi, tapi saya elakkan baca komen kerana ia melibatkan perasaan isteri dan orang keliling saya,”

“Ini bukan kali pertama saya kena kecam, saya pun dah lali dengan kritikan orang,”

Itulah komen panjang lebar dari Ezuwan yang kini bergelar penyanyi pula.

Ezuwan akui sudah lali dengan kecaman sejak terlibat dengan dunia seni sebagai pereka feysen dan kini lebih kuat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here