Teknik Vokal “Maut” – Jelas Dato Ramli MS.. Ini Punca Elite Tersingkir GV5 Semalam

0
11614

Perjuangan kumpulan penyanyi popular era 1990-an, Elite di Gegar Vaganza akhirnya berakhir semalam. Ini apabila mereka diumumkan sebagai peserta kedua tersingkir pada konsert minggu ketiga Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Di pentas Gegar Vaganza, Elite yang dianggotai oleh Linda Rafar, Sasha Saidin dan Azza mendapat markah terendah daripada juri profesional selepas mempersembahkan lagu Kau Bahagia nyanyian asal dari penyanyi Indonesia iaitu Melly Goeslow.

Juri tetap, Ramli MS telah mengulas tentang persembahan mereka dan memuji cara penghayatan kumpulan itu yang jujur dan saling membantu antara satu sama lain dalam menyampaikan lagu itu.

Namun begitu, jelas Ramli MS, mereka mengalami masalah teknikal yang disifatkan membawa ‘maut’.

Ini komen Ramli MS:

“Dari segi teknikal memang ‘maut’ tapi penyampaian sangat jujur. Semangat membantu satu sama lain walaupun lupa lirik ada kawan bantu. Saya suka keakraban mereka atas pentas”

Peserta yang mara ke peringkat seterusnya ialah Noryn Aziz, Amelina, Shafie Rio, Zamani, Hetty Sarlene, Maya Matahari, Billy Zulkarnain, Dia Fadila, Zamani, kumpulan Forteen dan Farah Wahida. Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini menjadi milik Zamani.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim, manakala Datuk Nash hadir sebagai juri jemputan.

Untuk tahun ini, juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Pada minggu depan kesemua peserta akan mempunyai gandingan artis jemputan untuk menyanyi bersama. Antara penyanyi jemputan ialah Azharina, Siti Nordiana, Liza Hanim, Ezad Lazim, Mamat Exist, Tia Jinbara dan banyak lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here