Telinga Kanan Tak Dengar, Rasa Pening – Ebit Lew

Pendakwah Ebit lew berkongsi kisah dirinya mengalami sakit di bahagia telinga dan juga pening kepala. Penceramah bebas yang amat popular ini telah dimasukkan ke hopital untuk rawatan lanjut.

Ebit Lew juga menyatakan bahawa dia tak dapat meneruskan ceramahnya yang sepatutnya dijadualkan beberapa hari ini dan tampil memohon maaf kepada semua pihak.

Ini perkongsian dari Ebit Lew:

“Allahuakbar..ujian hari ini. Telinga kanan tak dengar tapi rasa pening macam gempa bumi dari pagi tadi.. 2 hari beri kursus kementerian kesihatan dapat ceramah sehari jer..hari ini rasa macam gempa bumi kepala. Rasa bergegar jer..makin kuat pagi tadi..terus ke hospital…dah 4 hari telinga kanan tak dengar langsung..

“Saya doakan Allah bantu dan beri kekuatan pada saudara negara jiran kita yang ditimpa tsunami.. 2 pekan macam hilang.. Allahuakbar. Bantulah dan berilah kekuatan pada semua ahli keluarga yang tinggal. Yang telah pergi sayangi dan ampunilah mereka semua. Mereka semua saudara kami ya Allah…sayangi dan ampunilah kami semua..sebak sangat rasa..

“Pohon doa semua yer..ujian kerana Allah sayang..Allah nak beri sesuatu yang lebih baik. Saya pohon maaf kepada ceramah hari ini dan esok..mungkin 3hari di hospital untuk rawatan susulan..insyaAllah sempat mengendalikan program kementerian belia dan sukan minggu ini 3hari 2malam ke kg asli..

“Ceramah beberapa hari saya tak boleh agak suara kuat ke perlahan kerana telinga kanan dah tak dengar.. Terasa benar nikmat telinga ini..Allahuakbar…terima kaseh Allah nikmat selama 34 tahun ini. Syukur padaMu ya Allah. Terima kaseh ya Allah..syukur segalanya -ebitlew

Semoga Ustaz Ebit Lew kembali sihat seperti sebelum ini. Semoga cepat sembuh. Amin.

Ustaz Ebit Lew popular dengan caranya yang berdakwah secara lembut dan penuh hemah serta sering turun padang berjumpa dengan golongan yang memerlukan bimbingan agama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here