Tengah syok mandi, tourist ni selamba “melepas” buang air besar di pantai Port Dickson – Saksi

Aduh, ini satu lagi perangai pelancong yang boleh dilabel ‘tak bertamadun’ dan agak pengotor.

Sekiranya tengah melancong ke negara orang lain, kenalah jagalah kelakuan dan pertuturan serta ikut peraturan. Janganlah buat kepala dan buat macam tempat sendiri. Itulah yang berlaku kat pantai popular Port Dickson.

Ada saksi yang juga orang tempatan, telah ternampak satu perbuatan pelancong ini teramatlah tidak bertamadun dan sangat mengotorkan.. memang euww habis!

Ini apabila ada pelancong yang dikatakan telah buang air besar di tepi pantai. Alamak aih!!

Perkara ini telah didedahkan oleh seorang pengguna laman media sosial Twitter @zudomon.

Ini komen @zudomon:

“Okay.. Tengah syok2 mandi manda and these ugly Chinese tourists buat hal..

“Lokasi kejadian: Batu 5, Port Dickson

“Share and retweet bawang2 Malaysia sekalian

“Ada cara tak nak bann diorg from entering Malaysia ke..?

Pendedahan oleh individu ini dibuat apabila dia telah memuat naik gambar kejadian itu di Twitternya pada pagi tadi.

Dikatakan, kejadian itu berlaku di Pantai Batu 5, Port Dickson, Negeri Sembilan, tempat yang amat popular sebagai destinasi untuk mandi manda seisi keluarga.

Kalau diamati, dari gambar yang dikongsikan, kelihatan tiga pelancong yang dipercayai dari negara Tembok Besar sedang berdiri di pantai di mana salah seorangnya sedang mencangkung dan membuang air besar.

Rupa-rupanya pelancong terbabit sedang membuang air besar sambil ditemani dua rakannya itu.

Ini gambarnya:

Sumber: @zudomon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here