“Terasa diri tu confirm masuk syurga..” – Kakak Emma Maembong

Isu yang sedang sensasi ketika ini sudah tentu kisah tentang foto Emma Maembong. telah tersebar beberapa keping gambar yang menjadi viral menunjukkan Emma Maembong dah tak lagi bertudung dan bersama mesra dengan kekasih hati nya iaitu Syed Abdullah.

Apabila kes ini melanda seorang selebriti, sudah tentu keluarga mereka turut terpalit sama, dan ini termasuklah adik beradik yang lain apatah lagi jika adik beradik turut popular dan mempunyai ramai follower di laman media sosial.

Itulah yang berlaku kepada adik beradik Emma Maembong yang lain.

Ekoran hal itu kakak Emma Maembong iaitu Shikin Maembong tampil memberikan reaksi balas.

Meski tidak menyebut terhadap isu tertentu, namun apa yang ingin disampaikannya ibarat lebih terarah kepada isu yang sedang viral kini melibatkan adiknya itu, memandangkan pada posting terdahulu, Shikin turut menyatakan pendirian mengenai fitnah.

Menerusi Insta Stories terkini, Shikin Maembong mengakui dia tidak masa untuk melayan sebarang krtikan melampu yang maki tanpa adab.

Ini tulis Shikin Maembong di laman IG miliknya:

“Sorry la keyboard worries sekalian, i takde masa nak layan kopik bawang… pi jauh-jauh. Mana teguran positif terima… tapi yang macam orang kena sawan maki-maki takde adab saya block je..

“Terasa diri tu kompem masuk syurga, tapi sayang mulut takde insurans,”

Ini gambar yang dimuatnaik oleh Shikin Maembong:

Terdahulu, beberapa keping foto Emma tanpa mengenakan hijab selain foto mesra bersama abang kepada seorang menteri mulai tersebar hingga kini.

Apabial menjadi viral,  Emma Maembong dengan berani dan secara profesional tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media sosial.

Emma Maembong akui dirinya silap membuat hal sedemikian.

Foto: Instagram Shikin Maembong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here