TERKINI: Aliff Aziz dan Bella Astillah sah cerai talak satu

0
4004

Ini berita terkini tentang rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Mahkamah Syariah hari ini mengesahkan Bella Astillah dan Aliff Aziz sah bercerai talak satu. Aliff yang kelihatan sugul, menangis ketika diwawancara wartawan sejurus kes selesai.

Ini komen Aliff Aziz:

“Saya akan perbaiki diri. Bella telah berkorban daripada hari pertama, dia yang jaga makan pakai saya. Saya masih sayangkan Bella.

“Selagi saya masih hidup, saya masih lagi hamba Allah, semoga masih ada peluang.

“Buat masa sekarang saya tak mahu mengulas lebih lanjut mengenai apa-apa isu. Yang penting saya mahu menghadap hari esok sebagai seorang yang telah terpisah dengan isteri.

“Perihal anak, biarlah saya tentukan dengan Bella.

“Saya faham orang ada persepsi sendiri, saya hanya mahu perbaiki diri.

“Saya anggap ini sebagai teguran daripada Allah. Saya minta doa orang ramai untuk doakan Bella dan anak saya,”

Itulah berita terkini tentang hubungan pasangan ini. Semoga ini yang bterbaik buat mereka.

Sumber: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here