“Tindakan pelik dia lately is worrying. A call for help” Pakar Psikologi Dedah Sikap Aliff Syukri

0
13956

Ini merupakan komen dari seorang pakar psikologi bernama Aiman Amri. melalui laman Twitter nya iaitu AimanPsikologis, Aiman telah mendedahkan sikap Aliff Syukri.

Jom baca:

Kecoh isu Aliff Syukri baru-baru ini, panggil perempuan hodoh, bomoh, susuk dan pegang muka perempuan tanpa minta izin.

Ada penjelasan Psikologi di sebaliknya. Nak tahu? Aku bukan back up dia, just observing and analysing.

Pertama.

Personaliti seseorang, biasanya ada 4 jenis. Aku ambil dari perspektif konsep Appearance, Behaviour and Communication.

Iaitu 4 personaliti:

-Natural
-Romantik
-Klasik
-Dramatik

Untuk kes Aliff Syukri, dia obviously Dramatik, seseorang yang suka WOW dalam semua benda.

CTH pakaian orang Dramatik. eg Vida, AC Mizal

Suka elemen wow,
Berani berbeza dengan orang lain,
Over confident dan tak takut kecaman orang, sebab personaliti dia memang macam tu.

Dorang jenis semua benda nak over dan lain daripada orang lain.

Sebab tu dorang jenis tak makan saman.

Dalam kes Aliff Syukri, perangai dia memang obviously Dramatik.

Suka Wow,
Gaya pelik,
Nak stand out,

Senang cerita, publicity is his friend, no matter how cheap it is.

It’s his personality (but not an excuse to do body shaming of other people)

Kedua.

Aliff Syukri pernah kata dia disleksia, maksudnya special needs seseorang yang ada masalah membaca, mengira, dan otak tak boleh proses visuo-spatial coordination.

Senang faham,

Kau baling bola kat orang disleksia, dorang susah nak tangkap.

Ini tak menjawab kenapa dia jenis macam tu.

Cuma, bila seseorang tu dah ada sejenis kecelaruan perkembangan neuro macam tu, probability untuk ada lagi kecelaruan lain tu akan lagi tinggi berbanding orang biasa.

Dalam kes dia, aku perasan dia sangat impulsif (high impulsivity)

Orang yang tinggi impulsif:

1. Cepat melatah
2. High energy
3. Tak ada butang pause.

Maksudnya, dia terlalu cepat respons/bertindak tanpa fikir dulu.

Analoginya, kereta yang laju tanpa brek.

Biasanya budak ADHD ada kondisi macam ni.

Dalam kes Aliff Syukri, memang jelas nampak sangat tinggi impulsif.

Main lepas cakap,
Tak fikir dulu sebelum buat,
Sangat “hyper” and full of energy.

Aku tak terkejut tengok perangai dia macam tu.

Cuma aku sedih bila tak ada nampak bibit penyesalan pun dalam respons dia isu ni

3. Depresi.

Aku sebenarnya dah lama syak Aliff Syukri ada simptom ke arah kemurungan.

Walaupun dia nampak bahagia, seronok promote dan gelak macam nak mati, tu semua topeng.

Dan tindakan pelik dia lately is worrying. He is seeking attention. A call for help.

Although I am mad with his behaviour, I am also sympathise with him (not backing up).

Allah uji dia dengan harta banyak, dikenali ramai, tapi dengan hati yang kosong dan sepi.

If you ask me, I would rather have an average life but full of joy and memories with my loved ones.

Kesimpulan,

1. Personaliti Dramatik
2. Impulsif tinggi
3. Depresi

Tiga point yang aku nampak, MUNGKIN penjelasan tindakan dia selama ni.

Atau,

Bisnes dia semakin struggling dan dia tengah buat cheap marketing (time tu dia promote produk kan)

You decide which one

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here