Tukang sapu dipukul, diludah ketika cuba halang budak lelaki berak tepi jalan

0
6017

Ini satu kes yang berlaku di negara China. Melalui laporan mStar, seorang pekerja tukang sapu di wilayah Henan, China telah dipukul dan diludah oleh sepasang suami isteri. In berlaku setelah tukang sapu berkenaan cuba menghalang anak mereka daripada membuang air besar di tepi jalan.

Video tentang kejadian itu menjadi viral di laman media sosial China, seperti dilaporkan oleh portal dan media massa di negara berkenaan pada hari Khamis yang lalu.

Setelah kes ini menjadi viral, pasangan suami isteri itu akhirnya meminta maaf kepada mangsa yang bernama Yao Xiang, 66 tahun, atas apa yang mereka lakukan. Mereka juga telah membayar bil perubatan Xiang.

Diceritakan, dalam kejadian itu, Yao Xiang sedang membersihkan taman dan ternampak seorang kanak-kanak mahu membuang air besar di tepi jalan. Dia segera menuju ke arah budak lelaki itu untuk menghalangnya daripada berbuat demikian.

Bagaimanapun, tindakannya mencetuskan kemarahan ibu bapa kanak-kanak itu yang memakinya dan menyerangnya secara fizikal kerana menyentuh anak mereka.

Video itu, yang pertama kali dimuat naik di saluran Miaopai, menunjukkan bagaimana Xiang dipukul oleh pasangan suami isteri itu. Bapa budak lelaki itu menarik rambutnya sehingga tukang sapu itu terjatuh ke tanah. Sementara itu, ibunya pula bergaduh dengan dengan seorang individu di situ ketika cuba menghalang mereka daripada memukul Xiang. Dia juga dilihat meludah kepada Xiang.

Pihak berkuasa tiba tidak lama selepas kejadian itu dilaporkan, menurut laporan itu. Ibu bapa kanak-kanak itu dibawa ke balai polis sementara tukang sapu tersebut dibawa ke hospital terdekat. Yao Xiang telah mengalami bengkak dan lebam akibat kejadian itu.

“Bila kamu kerja sebagai tukang sapu, orang sentiasa memandang rendah terhadap kamu,” itulah antara luahan Yao Xiang tentang kejadian yang menimpanya.

Takpelah, biar jadi tukang sapu asalkan pembersih dan ada kesedaran sivik, dari kerja berjaya tapi suruh anak berak tepi jalan.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here