“Usaha untuk selamatkan perkahwinan tidak berhasil” – Rara sah cerai talak satu

0
17083

Ahli politik yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Ketari, Syefura Othman telah disahkan bercerai talak satu dengan suaminya Muhamad Masyhur Abdullah.

Kes dibuat menerusi satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Prosiding lafaz cerai itu diucapkan oleh Muhamad Masyur terhadap Young Syefura yang lebih dikenali dengan nama panggilan Rara, dihadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah.

Sebelum prosiding dimulakan, Mohd Saifullah bertanyakan alasan penceraian tersebut dan Muhamad Masyur menyatakan beliau mengemukakan permohonan cerai itu kerana tiada persefahaman dalam rumah tangga mereka.

Ini jelas bekas suami Rara:

“Tiada persefahaman dan segala usaha untuk menyelamatkan perkahwinan tidak berhasil,”

Rara yang kini baru berumur 30 tahun, tampil ke mahkamah dengan memakai baju kurung dan bertudung hitam. Beliau dilihat amat tenang di sepanjang prosiding berlangsung.

Menerusi laporan portal Sinar Harian, pasangan ini dikatakan dilihat hadir bersama ke mahkamah.

Untuk pengetahuan kes, Muhamad Masyur mengemukakan permohonan cerai tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Untuk pengetahuan, Rara telah berkahwin dengan Muhamad Masyur yang merupakan seorang pengurus pelaburan pada 24 September 2016. Sepanjang perkahwinan selama 3 tahun ini,mereka berdia tak dikurniakan cahaya mata.

Diimbas kembali, Rara mula popular sebagai aktivis dan juga ahli DAP, dan beliau telahpunberjaya memenangi kerusi DUN di pilihan raya umum yang lepas.

Sumber:- Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here