Ustazah Farhana Dijumpai Di Kuala Kangsar, Ini Kenyataan Polis

0
10551

Guru bernama ustazah Farhana Ibrahim yang telah dilaporkan hilang sejak 14 Januari lalu, kini telah dijumpai dalam keadaan selamat di luar Pulau Pinang.

Ustazah berkenaan dikatakan ditemui di sebuah balai polis di Kuala Kangsar, dalam keluarganya dalam perjalanan menemuinya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Anbalagan berkata, pihaknya menjumpai mangsa pada 4 petang, namun enggan mengulas lanjut bagi memberi ruang kepada keluarga mangsa.

Ini kenyataan awal pihak polis:

“Semua pihak perlu faham mangsa menghidap kemurungan dan tidak mahu memberi tekanan kepadanya.

“Apa yang penting sekarang dia selamat dan mahu dia bertenang bersama keluarganya.

“Maklumat lanjut akan saya kongsikan dan terima kasih kerana semua pihak faham”

Adik lelaki Nur Farhana iaitu Muhammad Tarmizi turut mengesahkan hal berkenaan.

Dia dan adik-beradik yang lain dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar selepas abangnya mendapat maklumat daripada pihak polis mengenai penemuan kakaknya itu.

Ini komen adik mangsa:

“Kami adik-beradik semua dalam perjalanan ke Kuala Kangsar. Abang saya dapat maklumat ini daripada polis.

“Kami belum pasti keadaan kakak macam mana lagi,”

Dalam kejadian 14 Januari lalu, suami mangsa menyedari kehilangan Nur Farhana yang juga seorang ustazah di sebuah sekolah di Balik Pulau apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dibuatnya pada 4.30 petang.

Suami mangsa pulang ke rumah dan dapati telefon bimbit isterinya berada di atas almari bilik tidur mereka.

Kemudian suaminya menghubungi rakan isterinya dan bertanyakan di mana isterinya itu berada, selain dia dimaklumkan bahawa kereta isterinya berada di luar kawasan pagar sekolah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau pula mengesahkan mangsa hadir ke sekolah itu pada 14 Januari lalu dan mengajar murid seperti biasa, namun tidak hadir bertugas keesokan harinya.

Ustazah Nur Farhana dilaporkan pernah menerima rawatan Psikiatri (kemurungan) pada 2014 dan berulang alik dari Langgar, Kedah ke Balik Pulau, Pulau Pinang untuk mengajar.

Sumber: HMetro / mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here