VIDEO: Emma Maembong kena maki dengan Michael Ang

0
18948

Produser dan pengarah popular, Michael Ang memang diketahui ramai bahawa dia mempunyai hubungan yang rapat dengan Emma Maembong.

Ekoran kontroversi yang melanda, Micheal Ang mengakui ada menghubungi Emma Maembong dan telahpun memarahi pelakon berkenaan kerana membuka tudung.

Namun begitu, Micheal Ang menganggap tidak perlu perbualan mereka didedahkan dan ditunjukkan kepada orang ramai.

Meskipun begitu, pengarah itu meminta agar semua netizen memaafkan Emma Maembong kerana menganggap perbuatan Emma itu adalah hak masing-masing dan pelakon itu juga sudah memohon maaf.

Ini antara komen Michael Ang:

“Sekarang baru tahu netizen yang komen di IG saya batu api kan. Sejak kes gambar tak bertudung itu, satu-satu minta aku komen. Sebab nak tahu apa aku cakap pasal anak kesayangan aku tu”

“Sah-sah aku dah maki dia, marah dia. Takkan aku tunjuk atau nak attach conversation dan voice note aku dengan dia. Apapun, dia dah minta maaf dan dia tahu dia bersalah. Dia pun tak salahkan sesiapa”

“At least dia mengaku salah dia dan akibatnya dia tanggung sendiri. Lagipun itu hak individu, kita doa yang baik-baik sahaja sebab kita kan sesama manusia cuba jadi baik-baik,”

Ini videonya:

Ada betulnya kata Micheal Ang itu, sekurang-kurangnya Emma Maembong sudah pun memohon maaf dan berani akui kesilapan.

Beberapa hari yang lalu, telah menjadi viral beberapa keping gambar pelakon Emma Maembong yang tidak berhijab bersama lelaki bernama Syed Abdullah.

Syed Abdullah (abang kepada Syed Saddiq) dikatakan kekasih Emma Maembong ketika ini.

Emma Maembong dan Syed Abdullah telah tampil membuat permohonan maaf atas perkara berkenaan dan mengakui khilaf itu berpunca daripada dirinya sendiri yang terleka dan lalai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here