Viral! Kini Taktik Scammer ‘COD’ Melalui Servis Pos Pula.. Hati-Hati Semua..

0
2554

Seorang pengguna laman FB telah berkongsi kisah dirinya hampir ditipu oleh scammer dengan cara yang baru. Nur Nabilah mengatakan ada scammer yang cuba menipu dengan menghantar barang secara COD (cash on delivery) tetapi sebenarnya taida apa barang di dalam.

Perkongsian dari Nur Nabila telah menarik perhatian orang ramai yang kini akan lebih peka tentang hal seperti ini.

Jom baca perkongsian nya:

TAKTIK SCAMMER MELALUI KURIER SERVIS

Korang semua kalau ada orang hantar barang secara C.O.D tapi korang tak ada langsung buat pesanan …

Tolong …Tolong … Tolong

JANGAN SIGN KERTAS UNTUK TERIMA & cakap terus SAYA TAK NAK TERIMA BARANG INI

Benda ni bru je jadi pada ibu & abah Nur.
Tapi alhamdulillah ibu sangat aware dengan perkara berkaitan scammer ni

Masa tu ibu Nur tengah jahit tempahan baju orang tiba tiba ada org Gdex hantar barang tapi secara C.O.D (Cash On Delivery) atas nama penuh abah pulak tu

Nur amat faham apa itu konsep C.OD sebab Nur ni peniaga Madu Sarang Lebah Southern HoneyComb yang memang setiap hari Nur ada buat Cash On Delivery selepas customer place order.

Masa tu ibu tak terus sign kertas terima barang thrn ibu terus call abah dulu untuk pastikan barang tersebut…Abah cakap dia tak pernah order apa apa … Then ibu terus cakap saya tak nak terima barang ni

Kalau korang nak tahu abah Nur ni tak pernah langsung order apa apa barang pakai hp sebab hp dia pon jenis untuk call & meseg biasa je

Jadi 1 kepelikan disitu kan betul tak?

Lagi 1 korang perhatikan BERAT parcel ni
0.00KG & 0.00 pieces tapi kena bayar RM 149

So terang terang ni adalah KEGIATAN SCAMMER YANG INGIN CURI DUIT

Pesanan Nur kalau korang terima apa apa barang pastikan itu barang dari seller yang korang beli baru sign

SHARE post ini @ tag kawan jiran serta keluarga anda supaya berjaga jaga dengan taktik scammer seperti ini

SCAMMER ADA DIMANA MANA DAN ADA 1001 CARA UNTUK MENIPU ANDA

Nur doakan kamu semua dilindungi dari sebarang anasir anasir jahat

Pesanan & Ingatan Ikhlas Dari Nur Nabilah

TAKTIK SCAMMER MELALUI KURIER SERVIS.Korang semua kalau ada orang hantar barang secara C.O.D tapi korang tak ada…

Posted by Nur Nabilah on Thursday, 6 December 2018

Selain itu seorang lagi pengguna laman FB turut menceritakan bahawa di turut hampir terkena dengan taktik scammer terbaru ini.

Ini perkongsiannya:

Berhati-hati lah semua ye.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here