Viral pelajar lelaki menari macam Blackpink, ini kisah disebaliknya yang ramai tak tahu

0
2941

Satu sambutan sempena Hari Guru di sebuah sekolah memang kecoh dan gamat apabila ada satu persembahan tarian dengan lagu kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink.

Dari satu video yang jadi viral di laman media ssial, seorang pelajar lelaki dilihat amat ligat menari mengikut rentak single baru kumpulan itu berjudul Kill This Love, dengan gerak tari yang cukup tajam.

Pelajar berkenaan bernama Muhammad Syazwan Afnan.

Lincahnya adik ni menari lagu @blackpinkofficial Korang nak jadi siapa? Min nak jadi Lisa 😍 Korang ambik lah Jennie, Rose ngan Jisoo.Kredit Twitter aimanzzss#mstarkongsi #mstaronline #mstarE1

Posted by mStar Online on Thursday, 18 April 2019

Pelajar berumur 16 tahun ini mengakui merupakan peminat Blackpink sejak kumpulan K-Pop itu muncul menerusi single pertama mereka.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Klang itu, tarian itu dilakukan secara spontan pada Hari Guru yang diadakan di sekolahnya pada Khamis.

Ini pendedahan dari pelajar ini:

“Sehari sebelum itu (Rabu), cikgu ada beritahu kami di kelas sesiapa yang berminat untuk buat persembahan Hari Guru kena tulis nama. Saya tak nak masuk sebab malu.

“Tapi esoknya, kawan-kawan jerit nama saya dan paksa buat persembahan. Mereka siap pujuk cikgu agar saya diberikan peluang untuk buat persembahan,”

Syazwan bernasib baik apabila guru memberi lampu hijau untuk membuat persembahan, dan meminta pengurus pentas memainkan lagu Blackpink.

Mengakui berasa begitu gemuruh di awal persembahan tarian, tetapi lama-kelamaan anak kedua daripada lima beradik itu semakin teruja.

“Sebenarnya, ini bukan pertama kali saya menari depan ramai orang. Tahun lalu, saya menari lagu kumpulan Kpop, BTS semasa Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah,”

Kata Syazwan lagi, dia mula memasuki kelas menari sejak November tahun lalu tetapi tidak pernah berlatih dengan lagu-lagu K-pop di dalam kelas.

“Saya berlatih gerak tari lagu Kill This Love dengan menonton muzik video Blackpink di YouTube. Hanya berlatih step selama dua jam di dalam bilik.

“Tapi semalam adalah pertama kali saya buat persembahan dengan lagu ni di khayalak ramai,”

Dalam pada itu, Syazwan yang turut meminati penyanyi tempatan, Sarah Suhairi meluahkan dirinya pernah dihina kerana bentuk badannya yang bersaiz besar.

“Saya pernah kena body shaming . Mereka kata kalau badan besar, tak payah nak tunjuk pandai menari. Tapi saya tak kisah apa mereka kata.

“Ia sebenarnya buat saya lebih yakin. Saya nak ubah pemikiran mereka mengenai orang berbadan besar seperti saya juga serba boleh,”

Syazwan kini yang mendapat gelaran sebagai ‘Blackpink La Salle’ itu juga sebelum ini pernah menjadi salah seorangantara 8,000 penonton yang menyaksikan Konsert Blackpink In Your Area Kuala Lumpur di Stadium Tertutup Melawat di Shah Alam, Februari lepas.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here