Wanita tampil bertudung tapi pakai seluar pendek, ini komen Mufti

0
7421

Telah tersebar beberapa gambar yang menunjukkan beberapa orang wanita yang memakai tudung tetapi berseluar pendek baru-baru. Ini sekaligus telah mencetus tanda-tanya.

Gambar tersebut dikatakan telah dirakam di hentian bas Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Ramai yang tertanya-tanya kenapa mereka memakai sebegitu, adakah mereka pelancong?

Ini antara komen netizen:

Muhd Nazrin: “Kalau Islam dipandang hina oleh agama lain jangan pula salahkan orang lain. Sebab apa? Itu kan pelancong, jadi dia mana tahu tudung itu untuk apa.

Ummi Yahya: “Tudung bukan hak mutlak orang Islam. Yang wajib dalam Islam ialah menutup aurat. Kena pastikan juga apa sebenarnya cerita sebalik gambar.

Faid Zulkifli: “Tegurlah secara berhikmah dulu. Kalau dia bukan Islam, pelancong asing, mungkin dia tak faham. Mungkin dia nak belajar tapi tak diajar cara yang betul.

Mohd Shoffi Samad: “Yang ambil gambar dah bertanya ke diorang (mereka) ini siapa. Ambil gambar lepas itu bersangka-sangka.

RESPON MUFTI

Melalui portal mStar, perkara ini tealh diajukan kepada pihak Mufti.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, sekiranya ketiga-tiga wanita tersebut adalah bukan Islam, maka mereka tidak terikat dengan hukum agama yang mewajibkan mereka untuk menutup aurat.

Namun, Mufti Kelantan menegaskan kepada masyarakat supaya tidak menyebarkan gambar-gambar tersebut kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Kalau sebar gambar tersebut tanpa meneliti perkara tersebut walaupun mereka bukan Islam, nanti orang lain boleh keliru bahawa mereka adalah orang Islam. Ia sekali gus memberi imej buruk kepada agama Islam.

“Kalau mereka adalah orang Islam, ia merupakan tindakan mempersendakan hukum agama,”

Dalam pada itu, Mufti Kelantan berkata, ia bergantung kepada bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap undang-undang kecil berhubung tindakan ketiga-tiga wanita itu berpakaian sedemikian di tempat awam.

Masyarakat pula, jelasnya, mereka boleh membuat teguran sekiranya mampu melakukannya dengan cara baik.

“Islam mengajar kita untuk membuat teguran – tegur dengan tangan yang mana ini bergantung kepada bidang kuasa pihak berkuasa tempatan untuk menahan. Teguran secara lisan dengan menegur secara bijaksana dan memberi penjelasan yang tepat sekiranya kita faham.

“Teguran yang ketiga ini adalah wajib bagi sesiapa saja yang memandang iaitu teguran di dalam hati iaitu bersangka baik dan mengharapkan wanita berkenaan akan berpakaian lebih sopan atau diberikan hidayah untuk menutup aurat. Teguran dalam hati itu adalah doa,”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here