Zarina Anjoulie komen pasal kisah Aliff Aziz dan gadis bernama Nismell

0
10065

Kisah Aliff Aziz sekali lagi curang memang panas dibicarakan oleh para netizen di laman media sosial.

Semalam, gambar Aliff Aziz bersama seorang wanita berpakaian terdedah telah jadi viral, dan wanita itu akui ada bergambar dengan Aliff Aziz dan mengenalinya di sebuah party. Namun wanita itu menafikan ada membuat apa-apa bersama penyanyi dari Singapura itu.

Apabila isu ini menjadi bualan orang ramai, ada yang mesej dan bertanya dengan Zarina Anjoulie seorang pelakon yang dikenali sering memberi pandangan secara lantang.

Akhirnya, Zarina Anjoulie memberi komen tentang kisah ini.

Ini videonya:

“Ini komen aku pasal ALIFF AZIZ since ramai sgt tak sabar nk tau”

Dari video itu, Zarina berkata Aliff Aziz adalah suami kepada Bella Astillah dan bukannya suami orang lain. Jadi tak perlulah para netizen nak jadi batu api tentang hal tersebut.

Kata Zarina lagi, sebenarnya, Bella Astillah adalah seorang yang kuat, kerana kalau itu dirinya, suami curang, dia memang dah lama mengamuk.

Ini komen nya di IG Story pula:

“Cepat apa lagi yang korang tak puas hati fasal Aliff ni cuba cerita. Bini dia tak kan cerai dengan dia? Good for her. Some people are emotionally strong. Bini dia stay bukan sebab bini dia loser. Bini dia stay sebab Bella is emotionally strong.

“Kau kena faham tu. When your emotionally strong, thats means iman kau kuat, kau punya hati kuat. Macam aku tak kuat. Kalau aku, aku tendang je k*** laki dia tu.

“Laki layan DM (direct message) pun aku dah ludah kat k*** dia,”

Itulah respon dari Zarina Anjoulie tentang isu Aliff Aziz.

Sumber: IG Zarina Anjoulie

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here