“Walau tak dapat lihat selalu.. sentiasa doakan Ayden dari jauh” – luahan ibu Aliff Aziz

Mana ada nenek yang tak sayangkan cucu. Memang selalunya seorang nenek sentiasa ingat dan rindu dengan cucunya.

Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza memberitahu dia sekeluarga sangat menyayangi cucunya, anak kepada Aliff Aziz dan Bella Astillah iaitu Mohamad Ayden Adrean walaupun hubungan rumah tangga anaknya bersama Bella Astillah sudah berakhir.

Siti Hafiza berkata, Ayden merupakan antara perkara yang terbaik Allah kurniakan dan menjadi cahaya hidup mereka sekeluarga biarpun tidak dapat selalu untuk melihat cucunya itu di masa depan kelak.

Ini katanya:

“Apa pun yang diperkatakan, kami semua sayang Ayden terutama Daddy (Aliff Aziz). Semoga Ayden membesar dengan sihat dan sentiasa bahagia. Melalui semua ujian dan kesengsaraan, perkara yang terbaik yang Allah berikan kami ialah cucu yang sangat berharga buat kami.

“Ayden akan sentiasa menjadi cahaya hidup kami walaupun kami tidak dapat melihat awak selalu di masa hadapan sayang. Umi Wan dan Tok Ayah akan sentiasa mendoakan Ayden dari jauh agar menjadi insan yang hebat suatu masa nanti,”

Ini captionya yang di tulis oleh ibu Aliff Aziz:

“Thru all the trials and tribulations the good ‘thing’ tht allah has grant us is our precious grandson @aydenadrean17 you will always be the light of our lives even if we don’t get to see you as much in the future syg … umi wan dan tok ayah akan sentiasa mendoakan ayden dari jauh agar menjadi insan yg hebat suatu masa nanti. Apa pun yg akan diperkata kan kami semua sayang ayden terutama daddy @aliffaziz91 semoga ayden membesar dgn sihat dan sentiasa bahagia aamiin yra .. till we see you again my love sending you our hugs and kisses. pic credit to @eriqaastillah tq iqa”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here