Akhirnya Ina Naim buka mulut tentang keadaan kehidupannya

Isu tentang Suhaimi Saad yang tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah telah tular dan mendapat kritikan dari kebanyakkan netizen.

Namun begitu, dia tetap bertegas dengan tindakannya dan menjelaskan sebab-sebab tertentu mengenai perkara itu.

Ina Naim, isteri kepada bekas ahli Inteam Suhaimi Saad telah meluahkan rasa sedih dan marah terhadap tanggapan segelintir netizen yang menuduh dia menjadi mangsa dan terpaksa mengikut keputusan suaminya untuk menjalani kehidupan berbeza berbanding orang lain.

Ina menerusi Facebook suaminya berkata, semua keputusan yang dibuat oleh Suhaimi adalah hasil perbincangan bersama dia dan anak-anak.

“Suami saya akan bertanya pendapat saya dan anak-anak sebelum membuat sesuatu keputusan. Kita akan bermesyuarat dan mengundi jika ramai kata A maka itulah keputusannya.

“Saya ikut, kalau itu yang terbaik bagi dia, maka ia terbaik bagi saya juga. Sedangkan nak makan pun kami berbincang dulu,”

Biarpun dalam keadaan serba kekurangan, namun mereka melalui kehidupan yang bahagia.

Dalam pada itu, Ina berkata, suaminya seorang yang baik dan sentiasa mengambil berat terhadap dia dan anak-anak.

“Demi Allah saya tidak stress dan saya bahagia walaupun orang kata kami hidup zuhud, biarlah orang kata begitu daripada hidup kaya dan lupa diri. Suhaimi suami yang baik, kalau dia jahat sudah lama dia tinggalkan saya. Ramai sahaja perempuan mesej kacau-kacau dia tapi dia kuat iman,”

Dalam pada itu, mengulas isu vaksin dan tidak menghantar anak ke sekolah, Ina berkata, dia sudah meminta pendapat daripada pelbagai pihak sebelum membuat keputusan.

“Kami sudah tanya profesor dan pensyarah tentang isu sekolah itu, ramai juga golongan mereka yang tidak hantar anak ke sekolah.

“Anak mereka belajar sendiri di rumah dan boleh saja sambung pengajian di Mesir selepas itu,”

Sementara itu, Ina turut menafikan mereka membuat perkara tersebut untuk mendapatkan perhatian masyarakat bagi menjual produk.

“Ramai Datuk hubungi saya kata kami nak jual produk dan sengaja nak viral supaya senang untuk strategi marketing. Kami tidak fikir seperti itu, demi Allah bukan sebab itu,”

Ina Naim turut menjelaskan bahawa tindakannya memadam dan menyekat akaun netizen di media sosial kerana tidak mahu perkara negatif berlarutan.

Perkara itu diperkatakan dalam sebuah video yang dimuat naik Suhaimi di laman Facebooknya buat tatapan umum.

“Ramai yang bertanya saya kenapa saya sekat akaun netizen dan memadam komen mereka.

“Saya tidak mahu bergaduh kerana komen yang ditinggalakan itu negatif, lebih baik saya memadamnya. Saya taknak tambahkan dosa mereka, cukuplah dosa yang mereka dah ada.

“Jangan nanti bila mereka dah nazak, dah nak mati baru nak cari kami,”

Bekas anggota kumpulan nasyid In Team menerima kritikan ramai apabila mendedahkan tidak menghantar anak ke sekolah sebaliknya memberi pendidikan cara sendiri kepada mereka di rumah.

Suhaimi yang sebelum ini pernah dikecam gara-gara enggan mengambil suntikan vaksin kepada anak-anak dan tidak mendapatkan ubat hospital menjelaskan tahap pembelajaran dan kepandaian seseorang tidak bergantung kepada sekolah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here