“Benda itu tidak mahu keluar..” – Rumah Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos dihuni makhlus halus

Pasangan pelakon, Ezzaty Abdullah dan suaminya, Azwan Kombos telah mendedahkan sesuatu yag berlaku di kediaman mereka.

Ini apabila Ezzaty dan Azwan mengatahui bahawa kediaman berkenaan telah dihuni oleh makhluk halus.

Menurut isterinya ketika kejadian berlaku pada tarikh hari lahir anak pertama mereka, Harum Dalia pada 6 Disember 2018, sekitar waktu maghrib.

Ini jelasnya:

“Harum ada kawan-kawan ramai datang rumah berswafoto dengan dia. Benda itu tak ada di situ cuma dia melintas,” kata Ezzaty Abdullah.

Memberitahu lebih lanjut, Ezzaty berkata pada awalnya dia sekadar mengambil gambar berdua dengan anak kemudian dimuatnaik ke Insta Story IG.

“Lepas share di IG Story tu peminat yang beritahu saya ada benda di belakang, tiga penampakkan,”

Untuk mengesahkan perkara ghaib berkenaan, pasangan itu telah pun bertanya dan mendapatkan dari yang lebih arif iaitu para ustaz.

“Kami dah tunjuk dengan ustaz dan katanya ia nampak benda itu ada. Malah sebenarnya kami sudah berjumpa dengan tiga ustaz dan kediaman itu sebenarnya sudah dipagarkan.

“Namun, menurut seorang ustaz ini benda itu tidak mahu keluar,”

Itulah penjealsan dari Azwan Kombos dan katanya, kini mereka hanya mampu berdoa agar tiada kejadian tidak diingini menimpa keluarga kecil mereka.

Kedua dua pasangan itu berkata sedemikian ketika ditemui ketika mengadakan Majlis Hari Lahir Harum Dalia yang pertama.

Semoga semuanya selamat dan baik-baik sahaja buat Azwan Kombos sekeluarga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here