“Cilaka perbuatan mu.. diharamkan sezarah kamu hidu bau syurga” – Sharnaaz Ahmad

Ekoran satu video memaparkan seorang nenek tua berusia 72 tahun menangis dalam keadaan kelaparan di Kota Tinggi, Johor yang tular di laman sosial pada Jumaat turut mendapat perhatian selebriti tempatan.

Antaranya, pelakon Sharnaaz Ahmad yang memberi peringatan kepada pengikut di laman Instagramnya supaya sentiasa menjaga wanita bergelar ibu.

Sharnaaz yang jga suami kepada Nabila (kakan Neelofa) turut memuat naik video yang viral itu iaitu warga emas itu sedang menikmati hidangan di laman sosialnya pada Jumaat.

Ini komen Sharnaaz:

“Kita ada gf cantik, kita ada bini lawa.. tapi ingat ya kawan kawan ku sekalian.. cilaka perbuatan mu pada ibu mu, diharamkan sezarah kamu menghidu bau syurga.. dan beruntungnya kita yg dapat menikmati makan malam yg enak, berpinggankan 20-30ribu nilainya, tetapi ingat, kuburnya tetap sama, tanahnya tetap sama, dan Soal kuburnya tetap sama..

“ini nota buat AKU SENDIRI.. pada yg lain moga jadi ingatan untuk sayang ibu anda jika masih bernafas.. kasih yg lain, pasti boleh bertukar ganti, tapi tidak kasih ibu dan ayah.. selamat malam. Buat anak ku @jebatjayden sayang dan hormatilah ibu mu, kerana tiada yg disayangnya lebih dari menyayangi mu setiap saat.

Sebelum ini, individu yang memuat naik video itu iaitu Ahmad Afthdal memberitahu dia bertemu nenek tersebut ketika dalam perjalanan ke sebuah bank menghala ke bandar Kota Tinggi.

Afthdal berkata dia terserempak dengan nenek itu dalam keadaan bertongkat dan berjalan seorang diri demi dan lapar serta mahu mencari sesuap nasi.

Menurut Ahmad Afthdal anak kepada warga emas itu telah menghubunginya untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Saya dihubungi dua orang anaknya semalam (Khamis) masing-masing di luar Johor, memaklumkan mereka ada mengirim wang bulanan dan turut membayar sewa rumahnya.

Sumber: mStar / IG Sharnaaz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here