Dakwaan Anzalna Mandul? Ini Kenyataan Pelakon Ini

Usia perkahwinan nya sudah lebih dua tahun, namun pelakon Anzalna Nasir masih belum lagi dikurniakan cahaya mata.

Oleh kerana belum ada anak, ada saja komen jahat dari netizen tentangnya. Yang terbaru Anzalna meluahkan rasa terkilan apabila menerima komen kasar dari netizen yang mempertikaikan keupayaannya untuk mendapatkan zuriat sehingga ada yang menggelarnya mandul. Satu tuduhan yang amat berat.

Namun begitu, Anzalna memberitahu kata-kata netizen itu tidak menjatuhkan semangatnya dan beliau tidak ambil peduli dengan apa orang kata.

Ini kenyataan dari Anzalna tentang hal ini:

“Saya tak peduli pun orang nak cakap apa tapi saya tahu Tuhan itu merancang segalanya jadi bagi saya suatu hari mereka akan tahu.Kalau saya sendiri yang merancang saya bolehlah sentap dengan kata-kata sedemikian tapi ini semua ketentuan Allah. Go ahead nak kata apa pun, saya tak ambil berat pun orang cakap apa pun”

Dalam pada itu, pelakon jelita ini berkata dia sudah berusaha namun selebihnya dia berserah pada rezeki. Katanya lagi, dia tidak mahu terburu-buru untuk mendapatkan zuriat memandangkan belum puas lagi menghabiskan masa bersama suami tercinta.

“Saya sudah usaha tapi Allah tentukan. No rushlah, baru dua tahun kahwin, tak cukup lagi masa untuk bersama suami. Biar puas-puas bersama, ada baby lagi best. Apapun, doa yang terbaiklah”

Untuk pengetahuan, Anzalna Nasir berkahwin dengan suaminya hanif Zaki pada tahun 2016. ketika itu baju atau gaun perkahwinan yang dipakai oleh Anzalna telah menjadi viral dan bualan ramai kerana amat cantik.

Sumber: Astro Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here