Empat tahun menunggu Nabila Huda keguguran akibat pendarahan.. Video Keisha menangis jadi tumpuan

Impian pelakon hebat, Nabila Huda untuk mendapat anak hasil perkahwinan dengan suaminya, Mohd Izwan Johar tak kesampaian. Ini setelah pealkon ini disahkan keguguran akibat pendarahan teruk.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi berkata dia dapat pengesahan bahawa kandungannya itu telah gugur selepas dimaklumkan oleh doktor yang melakukan beberapa ujian darah baru-baru ini.

Pelakon berumur 34 tahun ini berkongsi berita sedih berkenaan menerusi laman Instagram miliknya hari ini.

Anak kepada penyanyi Amy Search ini memberitahu dia berasa sangat sedih dengan kehilangan itu namun reda dan menganggap perkara itu sebagai bukan rezeki dia menimang cahaya mata.

Nabila Huda telah muat naik video di saat dia mengetahui bahawa dirinya telah positif hamil. Video berkenaan menunjukkan Nabila Huda berkongsi berita gembira itu dengan anaknya, Keisha Laila.

Keisha Laila dilihat telah mengalirkan air mata setelah mengetahui bahawa ibunya itu sedang hamil. Namun, apakan daya, kini Nabila Huda telah keguguran.

Ini perkongsian dari Nabila Huda:

“Tadi scroll up and down album kat Phone nampak video ni.. Terus I Nak share la precious moment yang I rahsia kan dengan korang. Masa abil tau positive , abil excited sangat Nak share berita ni kat korang ! Tapi macam Nak surprise lambat sikit.

“Ini lah Moment yang paling sweet, happy sedih semua adalah.. All in one! I’ve been waiting for this almost 4 years.. But too bad, Saya bleeding teruk until today and dah Pergi amik blood test again, dapat result and it’s not there anymore.. Takde rezeki lagi la ni. Allah Nak bagi chance Saya honeymoon lagi agaknya!

“Yes, Of course Saya sedih. Terlalu sedih. Tapi kan, Kenapa Nak kena bersedih Dan menangis sedangkan orang Yang sentiasa membahagiakan kite, ada depan mata. Mereka Masih ada. Lebih baik hargai waktu Yang ada ni sepuas-puasnya ! At least dapat jugak kami berdua rasa moment “mom and dad to be” kejap..Jadi la eh.. hihi

Ini videonya:

View this post on Instagram

Tadi scroll up and down album kat Phone nampak video ni.. Terus I Nak share la precious moment yang I rahsia kan dengan korang. Masa abil tau positive , abil excited sangat Nak share berita ni kat korang ! Tapi macam Nak surprise lambat sikit. Ini lah Moment yang paling sweet , happy sedih semua adalah.. All in one! I’ve been waiting for this almost 4 years.. But too bad, Saya bleeding teruk until today and dah Pergi amik blood test again, dapat result and it’s not there anymore.. Takde rezeki lagi la ni. Allah Nak bagi chance Saya honeymoon lagi agaknya! Yes,Ofcourse Saya sedih. Terlalu sedih. Tapi kan, Kenapa Nak kena bersedih Dan menangis sedangkan orang Yang sentiasa membahagiakan kite , ada depan mata. Mereka Masih ada. Lebih baik hargai waktu Yang ada ni sepuas-puasnya ! At least dapat jugak kami berdua rasa moment “mom and dad to be” kejap..Jadi la eh.. hihi ! So now..games onz tak sisz @kidweebee ? ?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Ramai yang sedih dengan berita ini apatah lagi melihat reaksi Keisha Laila yang sampai mengalirkan air mata kerana mendapat tahu berita bahawa ibunya sedang hamil dulu.

Untuk pengetahuan Nabila berkahwin dengan Mohd Izwan Johar pada 26 Disember 2015.

Sebelum itu, Nabil yang lebih mesra disapa Abil, pernah berkahwin dengan Zaidi Zailaini dan bercerai pada Ogos 2011.

Hasil perkahwian berkenaan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Keisha Laila, yang kini berusia 9 tahun.

Sumber: IG Nabila Huda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here