Genting saman Walt Disney, Fox RM4 bilion.. Padanlah lambat siap Genting Theme Park

Ramai tertanya-tanya apa kah kes yang berlaku di genting Highland? Kenapa begitu lambat pembinaannya. Menerusi satu laporan dari Berita Harian, rupanya ada masalah dalaman yang berlaku dalam pembinaan pusat hiburan di atas bukit itu.

Pemilik KASIN0 Genting Malaysia Bhd khabarnya telah menyaman Walt Disney dan Twenty-First Century Fox Inc dengan jumlah bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.19 bilion) semalam oleh atas tuduhan melanggar kontrak berkaitan pembinaan taman tema dengan jenama Fox.

Menurut Genting, ‘penyesalan penjual’ memaksa Fox dengan bantuan Disney melanggar kontrak dimeterai pada 2013 bersama Fox Entertainment Group (FEG) untuk memberi lesen kepada Fox World membina pertambahan kepada kompleks Resort World Genting.

Disney tidak memberikan sebarang maklum balas ketika dihubung untuk mendapatkan komen.

Jurucakap Twentieth Century Fox Film, Dan Berger yang juga antara defendan enggan memberikan sebarang komen.

Saman berkenaan difailkan di Mahkamah Daerah Los Angeles ketika Disney sedang bersiap sedia menyempurnakan pembelian aset Fox bernilai AS$71.3 bilion (RM298 bilion) yang dijangka selesai menjelang suku tahun pertama 2019.

Genting berkata, masalah bermula apabila Fox merancang penangguhan beberapa tahun untuk memaksa kontrak berkenaan menjalani rundingan semula.

Menurut aduan itu, Disney adalah pihak yang membuat keputusan dan mahu menamatkan kontrak terbabit kerana kerjasama dengan syarikat KASIN0 tidak memenuhi strategi ‘mesra keluarga’ jenama berkenaan.

Genting berkata, Fox mengeluarkan notis tindakan dengan harapan dapat menamatkan kontrak dan ‘ia konsisten dengan hasrat Disney mahu mematikan perjanjian’ itu demi faedah sendiri.

“FEG tidak berhak untuk menamatkan perjanjian ini dan Fox serta Disney bertanggungjawab atas kerugian berbilion dolar kerana sikap mereka,” kata aduan itu lagi.

Genting sudah membuat pelaburan berjumlah lebih AS$750 juta (RM3.1 bilion) di dalam syarikat Fox World.

Sumber: BH / Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here